SEARCH

STAIL.MY di Beijing Bersama Hu Bing Melihat Keagungan Koleksi Corum 2019

STAIL.MY di Beijing Bersama Hu Bing Melihat Keagungan Koleksi Corum 2019

Saya mewakili STAIL.MY terbang ke Tanah Besar China semata-mata ingin menyambut keagungan koleksi CORUM 2019. Pelancaran karya terbaharu diraikan dalam satu majlis makan malam bertemakan Black Tie,yang turut menampilkan duta jenama global, Hu Bing.

Popular dengan keanggunan estetika dan kecemerlangan teknikal, pembuat jam tangan Swiss, CORUM tidak henti-henti mengekalkan nilai-nilai dan kepakaran jam yang terbaik. Setelah berjaya mengadakan Pelancaran Produk 2019 pada 9 April, CORUM mengumpulkan media terpilih dari Asia Tenggara dan tetamu kehormat dari pelbagai lokasi Asia untuk menghargai jenama warisan yang kaya itu di Majlis Makan Malam Pelancaran Produk 2019 di Sunrise Kempinski Hotel, Beijing. Acara itu juga menandakan debut Admiral AC-ONE 45 Openwork Automatic Tourbillon.

Ini tanda penghormatan kami terhadap rakan niaga, rakan-rakan media dan ahli-ahli pengumpul jam tangan dari seluruh Asia untuk merayakan debut inovatif dan menarik untuk 2019. CORUM akan terus mengeluarkan jam tangan dengan mendekati destinasi yang belum dipetakan dengan penciptaan yang berani dan semangat mencipta kesempurnaan.” Soon Boon Chong, Pengarah Jualan dan Pemasaran Global Montres CORUM

GImik acara

 

Makan malam gala dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh Soon Boon Chong, Pengarah Jualan dan Pemasaran Global Montres CORUM. Setelah itu, Hu Bing, Duta Besar Jenama Global CORUM, dijemput ke atas pentas untuk menunjukkan Golden Bridge Round 43 Tourbillon: DLC hitam menambah kedalaman dan kemodenan kepada seutas jam unik pada diameter 43 mm. Sekaligus, mencipta kontra yang menakjubkan dengan gerakan baguette. Kilauan emas 18K meningkatkan struktur geometri emas yang dibangunkan khusus oleh CORUM, juga membangkitkan imej arkitektur yang paling menakjubkan.

Duta Global CORUM, Hu Bing dan Rakan jenama, Anastasiia Markelova

 

Admiral AC-ONE 45 Openwork Automatic Tourbillon Pertama Kali Diperlihatkan

Admiral AC-ONE 45 Openwork Automatic Tourbillon tidak pernah dipertontonkan sebelum ini kemudian ‘membuat penampilan’ di dinding LED yang besar. Jam tangan itu dilengkapi dengan case berbentuk dodecagonal eksklusif kepada koleksi Admiral. Dial terbuka mendedahkan mekanisme mellifluous kaliber, serta kesenian CORUM dan suar dalam pengawasan teknikal. Di dalam case titanium 45 mm, tourbillon terletak pada jam 6. Reka bentuk futuristik menyuntik semangat kesungguhan untuk belayar.

Acara Gemilang Disambut Keagungan Koleksi Corum 2019

Tetamu dari China, Hong Kong, Taiwan, Singapura, Malaysia dan Indonesia dijemput untuk menikmati pengalaman hidangan mewah, diiringi dengan muzik yang menawan dan suasana yang dinamik. Di tengah-tengah perhimpunan yang mengasyikkan itu, diselangi dengan persembahan yang hebat disertai dengan muzik, pemain dram dengan aksi fenomenal diikuti dengan pertunjukan catwalk yang sama memukau, di mana model-model menunjukkan koleksi CORUM 2019 yang baharu ke meja tetamu. Antara jam tangan yang dipakai ialah Admiral AC-ONE 38 Automatic, Admiral Legend 42 Full Black, Admiral AC-ONE 45 Chronograph, Admiral AC-ONE 45 Openwork Automatic, Golden Bridge dan Golden Bridge dengan snow-setting diamond, Golden Bridge Round 43 Titanium, Golden Bridge Round 43 Dragon serta Heritage CORUM Lab 01 Damascus. Anastasiia Markelova, Rakan jenama CORUM, menutup landasan peradaan dengan megah bersama Admiral AC-ONE 45 Openwork Automatic Tourbillon.

CORUM tidak pernah berhenti memukau dan mengilhami saya dengan kreativiti yang luar biasa dan ketukangan yang tiada tandingannya. Sudah setengah tahun sejak saya dilantik sebagai Duta Besar Jenama Global, dan saya masih terharu dengan motto jenama iaitu ‘Craft Your Dreams’, kerana ia mengingatkan saya tentang cara saya mencipta impian dengan kegigihan. Falsafah terbaik ini membuatkan saya berusaha untuk mencapai apa yang diingini. Itu sebabnya CORUM ada tempat yang istimewa di hati saya.” Hu Bing, Duta Besar Jenama Global CORUM

Delegasi Malaysia ke Beijing meraikan koleksi CORUM 2019

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE