SEARCH

Keanu Subba Bakal Menentang Christian Lee Pada Battle of Top Prospects 18 Ogos Ini

Keanu Subba Bakal Menentang Christian Lee Pada Battle of Top Prospects 18 Ogos Ini

Hanya satu cara untuk menentukan juara di antara kedua-dua featherweight prospects terbaik, melalui pusingan akhir kejohanan. Bekas juara seni mempertahankan diri amatur Malaysia, Keanu Subba (5-2) bertemu dengan Christian Evolve-MMA, “The Warrior” Lee (6-1) di gelanggang sangkar ONE Championship: Quest For Greatness.

Kedua-dua pesaing hebat ini dijangka berentap untuk merampas gelaran juara pada 18 Ogos 2017 di Stadium Negara Kuala Lumpur, dalam tiga pusingan pertarungan yang epik pasti meninggalkan kesan kepada semua penonton.

Keanu Subba

SIAPA KEANU SUBBA?

Keanu adik kepada Gianni Subba, bekas juara Malaysian Invansion Mixed Martial Arts (MIMMA). Keanu berusia 23 tahun memulakan kerjayanya bersama pasukan berkaliber di Bali Muay Thai & MMA Gym, Indonesia. Dia sentiasa berlatih bersama rakannya Andrew dan Anthony Leone serta abangnya Gianni. Keanu bekerja keras mempersiapkan dirinya untuk kejohanan besar di kala usianya masih muda.

“Saya tidak pernah mempersiapkan diri dengan kuat dari segi mental serta fizikal seperti perlawanan yang bakal berlangsung ini untuk menentang Christian Lee. Saya akan menutup mulut semua yang meragui akan kebolehan saya 18 Ogos nanti. Ia akan menjadi perlawanan menarik yang saya nantikan sekian lama.” Keanu Subba

Keanu Subba

Keanu adalah bakat muda yang dilihat punya potensi dalam senarai ONE Championship. Kerjayanya berjalan luar biasa pabila memenangi kemenangan peringat pertama menentang Ahmed Mujtaba, Februari lalu. Dalam pertarungan itu, Keanu menunjukkan aksi hebat serta persembahan mampan yang dilihat banyak penambahbaikan secara menyeluruh.

Namun, kehebatan Christian Lee juga tak usah di pandang remeh. Christian adik kepada strawweight wanita, Angela Lee yang memberikan momentum baik. Dia banyak menghabiskan masanya di Singapore’s Premiere Martial Arts Gym sempena perlawanan yang bakal berlangsung bulan depan.

Untuk pertarungan akan datang, Keanu dan Christian ada potensi untuk kalah juga salah satu daripada mereka bergelar juara. Kedua-dua jaguh yang pastinya akan menentang lawan secara habis-habisan dan mewakili Asia MMA.

Untuk keterangan lanjut mengenai perlawanan, sila lawati laman rasmi perlawanan

Keanu Subba

Keanu Subba

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE