SEARCH

Kedai Jenama Philips Ketiga di Malaysia

Kedai Jenama Philips Ketiga di Malaysia

Kedai-jenama-Philips-ketiga-di-Malaysia-2-stailMY

Philips Malaysia terus mengukuhkan kehadiran jenamanya di Lembah Klang dengan perasmian Kedai Jenama kedua di Gardens Mall, Mid Valley City. Dirasmikan oleh Muhammad Ali Jaleel, Ketua Pegawai Eksekutif Philips Malaysia bersama-sama dengan Fuji Sartono, Ketua Bahagian Pemasaran bagi Philips Lighting Malaysia. Perasmian Kedai Jenama terbaru ini turut menandakan kerjasama rasmi antara Philips Malaysia dan Plugins Distribution Sdn Bhd. 
 
Kedai Jenama Philips menawarkan pusat sehenti buat pelanggan menikmati sendiri pengalaman holistik, memberikan mereka peluang untuk mengalami sendiri rangkaian penuh produk Philips yang boleh dipercayai dan disayangi daripada portfolio produk pelanggan, penjagaan peribadi dan pencahayaan. Mereka boleh menyentuh dan mencuba sendiri produk, melihat dan mengalami sendiri ciri utamanya selain membuat pertanyaan kepada pegawai jenama yang berpengetahuan, membolehkan mereka membeli dengan informasi tepat.
 Ia adalah janji jenama kami untuk mendahulukan pelanggan dalam apa jua yang kami lakukan. MUHAMMAD ALI JALEEL
“Peluasan rangkaian Kedai Jenama ini menunjukkan dedikasi kami yang berterusan untuk membaiki kehidupan lebih tiga bilion orang menjelang 2025,” kata Muhammad Ali Jaleel, Ketua Pegawai Eksekutif bagi Philips Malaysia.
 
“Kedai Jenama Philips menyasar untuk membuka kunci pada nilai pencahayaan menerusi pengalaman beli-belah dengan khidmat nasihat bagi penyelesaian pencahayaan yang betul. Sedikit masa lagi, kami akan melihat lebih banyak aplikasi dan perkhidmatan pencahayaan yang akan menghubung rakyat Malaysia di rumah, kerja dan bila bermain,” kata  Alok Ghose, Pengarah Urusan Philips Lighting di Malaysia dan Singapura.
 
Kedai-jenama-Philips-ketiga-di-Malaysia-4-stailMYKedai Jenama Philips di Gardens Mall menambah kepada rangkaian runcit sedia ada bagi Philips Malaysia, termasuk Kedai Jenama di Publika Shopping Gallery, Kuala Lumpur dan di Sutera Mall, Johor Bahru, Kedai Pengalaman di Menara Axis, Petaling Jaya dan di Pulau Pinang, rakan runcit dan kedai pengedar di seluruh negara selain kedai dalam talian Blip.my, dan terbaru, kedai khusus Pencahayaan dan Kesihatan Peribadi Philips di lazada.com.my, memberikan akses mudah buat pelanggan kepada kedua-dua produk sama ada dalam atau luar talian. 
 

Kedai Jenama Philips ini terletak di LotS-239B, Tingkat Dua, The Gardens Mall dan boleh dihubungi menerusi 603-2201 3285. Waktu perniagaan adalah daripada jam 10am ke 10pm setiap hari.

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE