SEARCH

#kediaman ilham memadukan pop color wall dalam dekorasi

#kediaman ilham memadukan pop color wall dalam dekorasi

Feature wall cukup penting dalam bertindak sebagai titik fokal dalam ruang kediaman. Pilihan warna berbeza dengan warna asas dinding menciptakan mood berbeza dan pada masa sama mampu menjadikan ruang kediaman kamu kelihatan lebih stailish.

Pemilihan warna feature wall seharusnya dilakukan dengan berhati-hati. Beberapa kriteria harus dititik beratkan antaranya konsep kediaman, koordinasi warna, barang hiasan, pemilihan sofa dan feel yang ingin dicipta.

Feature wall mampu memberi ilusi luas untuk ruang kecil juga. Pemilihan warna dan dinding utama yang memadu baik dengan ruang yang ada boleh menjadi ilham yang dicipta begitu intimate dan personal. Cedok beberapa ilham yang kami kongsikan bersama ini.

17091f3058c36332d81985af2ba151a5
Hanya sebahagian kecil sahaja dinding diwarnakan bagi memberi mood yang berbeza.
21574ad32da0015a1a0d3f4b867ccc90
Ilham untuk kamar tidur ini menciptakan sesuatu yang cukup warm dan menyenangkan
5125157fdbd0cb4ffb003a1c._w.540_h.815_s.fit_
Warna lebih terang dan berani untuk ruang makan.
Pink-and-blue-color-blocked-paint-with-arc-designs
warna pastel sentiasa memberi sesuatu yang segar untuk kediaman.
pink-wall-color
Satu lagi ilham ruang tamu yang boleh dicedok. Merah jambu yang cukup lembut.

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE