SEARCH

Cemburu, Mengongkong & Menyisihkan: Tanda-Tanda Awal Keganasan Rumah Tangga

Cemburu, Mengongkong & Menyisihkan: Tanda-Tanda Awal Keganasan Rumah Tangga

Gambar : Pinterest

Kes keganasan rumah tangga berlaku yang berlaku di Malaysia berada di tahap membimbangkan berdasarkan laporan Polis Diraja Malaysia (PDRM). Sebanyak 4,963 kes telah dilaporkan. Malah setiap minit di Amerika Syarikat, hampir 20 orang didera secara fizikal oleh pasangan, menurut data dari Gabungan Kebangsaan Mengenai Keganasan Rumah Tangga (NCADV).

Setiap hubungan tidak selalunya bermula dengan kekerasan. Menurut pakar Psikologi, semasa peringkat awal perhubungan, ‘pengganas’ cenderung untuk menutup sikap kasar mereka. Apabila ramai orang sudah mengetahui keadaan semakin tegang, mangsa sudahpun mempunyai hubungan sah sebagai suami-isteri, dan membuatkannya lebih sulit untuk mangsa meninggalkan hubungan itu. Kadang-kala, keganasan rumah tangga bukanlah sesuatu perkara yang kita sedar, sehingga isu itu dibangkitkan oleh seseorang.

Jika kamu fikir kekasih kamu menjurus ke arah keganasan rumah tangga, berikut adalah amaran awal potensi penderaan bakal berlaku. Namun, ingatlah bahawa tidak semua keganasan berlaku dalam situasi yang sama.

1. Cemburu & Mengongkong Yang Melampau

NCADV menyenaraikan sifat cemburu dan mengongkong yang melampau adalah tanda amaran awal keganasan rumah tangga. Dalam satu kes tular di Amerika, mangsa menyifatkan bagaimana suaminya yakin bahawa dia mengadakan hubungan sulit bersama rakan kerja. Suaminya memantau kedua-dua jadual isterinya dan jadual kerja rakan sekerja, menghantar mesej yang terlalu kerap semasa dia sedang bekerja sehingga mengganggu pekerjaan, dan ketika dia tidak bersamanya, menuntut agar dia menghantar foto atau menelefon untuk membuktikan di mana dia berada. Akhirnya, kecemburuan ini menjadi penderaan fizikal dan seksual mungkin kerana tidak dapat bukti yang sahih atau jawapan yang tidak pasti daripada mangsa.

2. Mengawal Apa Yang Dipakai Pasangan Dan Apa Yang Pasangan Lakukan

Satu lagi tanda peringatan awal adalah mengenakan kawalan ke atas apa yang dipakai oleh pasangan, di mana mereka pergi, dan apa yang mereka buat.

3. Memantau Telefon Bimbit, Teks, E-Mel dan Media Sosial

Menurut Break the Cycle, pasangan yang memeriksa telefon kamu tanpa kebenaran adalah tanda awal keganasan: Tindakan kecil melintasi batas seseorang dengan melihat pada harta peribadi mereka tanpa izin adalah tindakan yang tergelincir ke wilayah hubungan yang tidak sihat.

4. Kekejaman Terhadap Haiwan, Kanak-Kanak Atau Ahli Keluarga Lain

Jika pasangan kamu berkelakuan baik dengan kamu tetapi kejam kepada haiwan peliharaan atau ahli keluarga mereka, mungkin akan mengubah cara mereka memperlakukan sedemikian dengan kamu juga.

5. Menyisihkan Pasangan Mereka Daripada Rakan Dan Keluarga

Pemangsa akan cuba membuang rakan-rakan rapat, keluarga daripada pasanagan mereka secara perlahan-lahan. Hal ini mungkin akan bermula secara tidak langsung contohnya, meminta rakan pasangan untuk meninggalkan hobi mereka kerana ingin memberi tumpuan kepada hubungan. Apabila rakan lebih sedikit atau mula menjauhkan diri, pemangsa dapat ‘menjalankan aktiviti keganasan’ tanpa gangguan. Tambahan lagi, mangsa sudah mempunyai akses terhad kepada sistem sokongan mereka.

Bagaimanakah Cara Mendapatkan Bantuan Jika Kamu Adalah Mangsa Keganasan Rumah Tangga?

Jika kamu sedar kamu adalah mangsa keganasan rumah tangga, terlihat kes pengabaian, penderaan dan masalah lain berkenaan dengan kebajikan isi rumah. Sila hubungi Kementerian Pembangunan Wanita & Keluarga di Talian Kasih 15999.

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE