SEARCH

Seni Afektif Psikomotor Kognitif – Kejutan Corum Pada Baselworld 2018

Seni Afektif Psikomotor Kognitif – Kejutan Corum Pada Baselworld 2018

Kebiasaannya jika dilihat melalui perubahan pada rekaan jam tangan terbaru adalah warna pada dial, bezel, reka bentuk dan material yang digunakan. Paling tidak kebanyakan koleksi hanya ‘berubah’ dari segi warna sahaja dan dianggap baru. Namun, koleksi Corum di Baselworld 2018 benar-benar berbeza pabila mempamerkan rekaan berbagai dan lain daripada yang lain. Saya senaraikan beberapa kejutan Corum pada Baselworld 2018.

Nelson De La Nuez The King of Pop Art
kejutan corum pada baselworld 2018

Artisan asal Cuba yang popular dengan seni pop yang unik dengan mengolah jukstaposisi budaya dan surelism dalam seninya. Kini diangkat ke dalam jam tangan Corum dalam koleksi Nelson De La Nuez Corum Bubble Watch untuk lelaki. Jam ini berdiameter 42mm dengan tali putih dan 47mm bertali biru. Keunikan pada setiap model jam ialah rekaan yang tentunya berbeza-beza. Jam ini edisi terhad yang harus dikumpulkan.

Admiral 45 Skeleton
kejutan corum pada baselworld 2018

Jam tangan marin nan indah dengan perincian pada permukaan jam lebih nyata, Admiral lebih provokatif dan cuba menampakkan diri lebih telus dengan sifat ‘tiada dial’ maka semua intipati dalam jam tangan boleh dilihat melalui permukaan jam. Ia bermain dengan teknikal dan seni perincian. Admiral dilahirkan sejak 1960, kini menggunakan ciri-ciri Calibre CO o82 bersama 42 jam rizab kuasa.

Corum Hobo Coint
kejutan corum pada baselworld 2018

Dial daripada duit syiling? Ya, Corum telah menciptanya sejak 1964 lagi. Rene Bannwart dan tim Corum telah menggunakan separuh daripada duit syiling asli dan memotong syiling emas dengan penuh teliti sambil meletakkan pergerakan ultra-nipis di bawah syiling untuk membentuk jam. Kini jam yang dikenali sebagai Hobo ini diukir sendiri oleh pakar pembuat dial khas untuk model yang wajib dijadikan koleksi ini.

Golden Bridge Round Diamond 39mm
kejutan corum pada baselworld 2018
Wanita pasti sukakannya. Ditatah berlian pada keliling bezel, atas dial dan ‘jambatan’ atas permukaan jam tangan. Terdapat beberapa warna antaranya merah jambu, namun biru dikontrakan dengan berlian dan emas pada pergerakan B113/03200 menampakkan lagi kemewahan yang ada padanya. Terdapat 40 jam rizab kuasa, pada case ditatah 5N rose gold 18 karat dan berlian.

Admiral Legend Collection

kejutan corum pada baselworld 2018

Ini adalah jam untuk dunia. Selain memaparkan bendera negara-negara dunia, ia turut menggunakan pergerakan yang dibikin khas ‘in house’ dan ia bergerak secara automatik. Semua bendera diwarnakan di atas dial, jam ini dihadirkan sama tali getah dan menggunakan buckle keluli sebagai penyambung tali. Casenya berukuran 47 mm titanium dan dilindungi oleh Kristal nilam pada case depan dan belakang.

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE