SEARCH

Produk Kelengkapan Elektrik Rumah LG “Tentang Kesempurnaan Dalam Kehidupan”

Produk Kelengkapan Elektrik Rumah LG “Tentang Kesempurnaan Dalam Kehidupan”

Memperkenalkan keunikan televisyen Picture-on-Wall Signature Oled W7 dan kempen NatureFresh Inverter, peti sejuk dan kelengkapan rumah lain. Teknologi dalam produk terkini LG ini antaranya telah mendapat pengiktirafan dunia seperti LG Signature 4K Oled TV, peti sejuk Smart InstaView, peti sejuk LG Smart Inverter dan mesin basuh TwinWash. Sememangnya kelengkapan elektrik rumah LG telah diinovasikan ke tahap lebih jauh ke hadapan kerana segala produknya kini dibina bersama teknologi yang ada kelebihan untuk kemudahan pengguna.

“LG menawarkan inovasi terbaik untuk mencapai pengiktirafan dunia. Dengan itu, LG mempamerkan kebijaksanaannya dalam mewujudkan teknologi yang memberikan pengguna lebih banyak kemudahan dan keselesaan – produk dengan inovasi yang lebih baik yang sesuai untuk gaya hidup digital generasi sekarang.” David Oh, Pengarah Urusan LG Electronics (M) Sdn. Bhd.

kelengkapan elektrik rumah LG
Perincian LG Picture-on Wall Signature Oled W7

-Set televisyen paling nipis untuk melengkapkan ruang menonton di rumah kamu. LG Signature Oled TV W7 menambah kecanggihan sambil menyampaikan prestasi yang tiada tandingan.
– 3.8mm ketebalan pada 65 inci.
– Boleh menggunakan hanya 4 brackets magnetik.
– Jarak antara skrin dan dinding sangat rapat menjadikannya seperti hiasan dinding.
– Mampu menyokong Dolby Atmos, bunyi 360 darjah seperti dalam panggung wayang.
– Berbagai format HDR termasuk kandungan HDR yang dikuasai oleh Dolby VisionTM, LG SIGNATURE OLED TV W7 menyampaikan pengalaman menonton tanpa tandingan.

Peti Sejuk LG Smart InstaView, Inverter Linear & Kelengkapan Elektrik Rumah LG

Peti sejuk LG InstaView adalah salah satu peti sejuk Linear Inverter premium LG. Ia datang dengan kebolehcapaian yang lebih baik dengan ciptaan panel kaca berwarna khas 33-inci yang membolehkan kita melihat di dalam pintu masuk yang mudah tanpa membiarkan udara dingin keluar. Hanya ketuk dua kali pada kaca untuk menerangi kandungan dalam.

Lihat slides di bawah untuk ketahui senarai produk yang dilancarkan tahun ini. Terus ke portal rasmi untuk promosi terkini.

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE