SEARCH

Kereta Konsep Tanpa Pemandu Acer Buktikan Zaman Kian Maju

Kereta Konsep Tanpa Pemandu Acer Buktikan Zaman Kian Maju

Kerjasama dengan Yulon Group Taiwan dan anak syarikatnya jenama Luxgen dan penyedia automotif elektronik HAITEC, mempamerkan visi AI dan teknologi memandu autonomi dengan menghasilkan kereta konsep tanpa pemandu Acer atau boleh memandu sendiri tanpa pengemudi jalan raya. Benar-benar hebat bukan?

Kedua-dua industri automotif dan ICT sedang melalui peralihan paradigma, sambungan, konektiviti, elektrifikasi dan ‘servicification’ adalah trend utama pembangunan masa depan. Di dalam bidang pengangkutan pintar, Acer mempunyai kedudukan dalam tiket elektronik, tempat letak kereta pintar, sambungan jaringan kereta dan ramalan trafik. Kami teruja bekerjasama dengan Yulon Group untuk menceburi bidang autmotif yang mampu memandu sendiri.” Edward Lin, Naib Presiden Bersekutu, Makmal Nilai, Acer Inc.

Kereta konsep ini adalah berdasarkan platform kenderaan elektrik Luxgen S3, dengan sistem pemanduan autonomi Acer merangkumi penginderaan, membuat keputusan dan kawalan. Sistem memandu sendiri Acer memanfaatkan algoritma AI dan sensor fusion yang diberi data daripada kedudukan kinematic (RTK) sebenar, kamera, Lidar, radar MMW, IMU (unit pengukur inersia) dan sensor ultrasonik. Ia juga menggunakan teknologi pembelajaran mendalam untuk mengenalpasti objek, dan kemudian melaksanakan kawalan kenderaan dinamik untuk merealisasikan pemanduan autonomi.

kereta konsep tanpa pemandu acer

Mahu Pergi Ke Mana? Guna Cloud Sahaja!

Sistem memandu sendiri Acer membuat keputusan kawalan kenderaan dinamik melalui model AI berdasarkan data utama termasuk pengenalan imej, pengesanan halangan 3D Lidar, peta ketepatan tinggi dan kedudukan masa yang tepat untuk membantu kereta memandu, brek, pelayaran, manuver, atau pakir. Ia juga mempunyai sistem pengurusan cloud untuk perkhidmatan perkongsian kereta supaya pusat kawalan boleh menghantar kenderaan apabila pengguna membuat permintaan pengangkutan melalui peranti mudah alih mereka. Sistem pengurusan cloud boleh mengurus penjadualan, pemantauan, pemberitahuan, dan pelaporan, dan membolehkan pemantauan keselamatan dan intervensi manusia.

Pada masa akan datang, sistem memandu sendiri Acer boleh membolehkan pelbagai peringkat pemanduan autonomi, dengan merancang untuk membuka platform kepada rakan kongsi dan pemaju untuk bekerjasama dalam perkhidmatan memandu sendiri generasi akan datang.

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE