SEARCH

Koleksi Duometre: Tiga Tafsiran Terkini Jaeger-LeCoultre

Koleksi Duometre: Tiga Tafsiran Terkini Jaeger-LeCoultre

Sempena tahun ke-25 koleksi Master Control daripada Jager-LeCoultre, maka terlahirlah tiga koleksi Duometre iaitu Duometre Sphérotourbillon, Duomètre Chronographe dan Duomètre Quantième Lunaire memancarkan kecanggihan yang dihiasi keasliannya. Ketiga-tiga jam ini diletakkan kemasan opaline dengan warna kelabu magnetite juga warna gelap sebagai tarikan pencinta jam tangan lelaki yang nampak tegas ini.

Koleksi Duometre Sphérotourbillon

Reka bentuk menarik, fungsi yang unik dan ketelitian dalam pembikinan jam tangan. Duomètre Sphérotourbillon menggabungkan semua ciri-ciri tersebut. Grand complication menunjukkan beberapa prestasi teknikal, estetika dan complication pada jam yang sangat ekspresif.

Koleksi Duomètre Chronographe

Untuk mencipta kronograf yang tepat seperti kronometer adalah satu tentangan sengit oleh pembuat jam tangan. ‘Senjata rahsia’ mereka adalah konsep Dual-Wing. Pergerakan Jaeger-LeCoultre Caliber 380 yang terkini menggunakan prinsip pembinaan baru juga mempamerkan aset utama paparan masa dengan ketepatan kronometer. Gear pertama Dual-Wing didedikasikan sepenuhnya untuk fungsi masa (jam, minit, saat) sementara gear kedua ditujukan secara eksklusif kepada fungsi kronograf dan mempunyai 1/6 detik lompat kedua.

Koleksi Duomètre Quantième Lunaire

Hari, tarikh, gear, pelarasan dan kuasa semuanya diatur pada dial yang elegan dan mudah dibaca. Paparan fasa bulan juga kelihatan menjadikan Duomètre Quantième Lunaire sebagai jam tangan konvensional. Tapi dalam case tersembunyi dari pandangan Calibre 381. Pergerakan luar biasa yang memastikan masa itu sentiasa tepat kerana tidak pernah berlaku sebelum ini untuk konsep Dual-Wing. Ini yang pertama.

Satu Masa, Dua Pergerakan

Konsep Christened Dual-Wing berfungsi untuk memisahkan peruntukan tenaga kepada complication dan dari situ kepada pergerakan. Ia dieja sebagai revolusi dalam bidang pembuatan jam tangan. Pertama kali diumumkan pada 2007, ia membolehkan Jaeger-LeCoultre mencipta semula kronograf dengan Duomètre Chronographe yang tepat dalam kronometer.

Sedikit Mengenai Dual-Wing

Ia konsep jam tangan revolusioner berdasarkan pembinaan yang unik. Dua mekanisma berbeza dalam case yang sama dan menyediakan ruang lingkup untuk satu fungsi yang belum pernah terjadi sebelumnya.

Koleksi Duometre
Dari kiri: Jaeger-LeCoultre Master Geographic, Jaeger-LeCoultre Duomätre SphÇrotourbillon dan Jaeger-LeCoultre Geophysic True Second

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE