SEARCH

Inovasi Membuatkan Lampu Boleh Jadi Pintar ? Lightcycle Sesuaikan Kecerahan Dengan Cahaya Bilik

Inovasi Membuatkan Lampu Boleh Jadi Pintar ? Lightcycle Sesuaikan Kecerahan Dengan Cahaya Bilik

Unik reka bentuk lampu meja moden keluaran Dyson ini diberi nama Lightcycle. Ia mengingatkan saya ke zaman sekolah di dalam makmal sains pada alat kaki retot yang sering digunakan untuk menyokong bikar atau tabung uji agar kukuh berdiri. Inovasi lampu meja ini dikatakan mampu menghasilkan kualiti cahaya untuk 60 tahun lamanya. Bersama pengecam cahaya bilik yang dapat ditukar secara automatik. Berikut mengenai penemuan saya tentang bagaimana lampu boleh jadi pintar? Macam magis pun ada.

11 kelebihan Dyson Lightcycle si Kaki Retot Pintar;

1. Dicipta untuk menyesuaikan dengan cahaya ruang atau saya gelarkan suhu cahaya. Lightcycle terdapat beberapa aras kecerahan dan kegelapan serta lampu berwarna putih dan kuning.

2. Lightcycle berfungsi melalui tiga cara iaitu hidupkan dan matikan lampu dengan satu sentuhan lembut, melalui aplikasi dan inframerah yang memerlukan seseorang berada berhampirannya.

3. Kepekaan Lightcycle menukar suhu cahaya disebabkan untuk mengurangkan ketegangan mata dengan lebih daripada 1,000 kecerahan lux, perlindungan silau dan kelipan optik yang rendah.

4. Mengekalkan kualiti cahaya selama 60 tahun melalui teknologi Heat Pipe.

5. Boleh disambungkan mengikut tabiat pengunaan si pemilik. Ia bijak menyesuaikan mengikut tugas, umur dan rutin harian, melalui aplikasi Dyson Link untuk telefon pintar.

6. Lampu boleh diputar 360 darjah dengan pelbagai aras ketinggian lampu meja mengikut keselesaan pengguna melalui 3 Axis Glide.

7. Bagaikan produk yang dibeli dari Ikea, Dyson Lightcycle (lampu meja) seberat 6.18kg apabila di dalam bungkusan. Pengguna hanya perlu memasangnya sendiri dengan aturan yang ringkas.

8. Rekaan unik Lightcycle mampu menarik perhatian teman di pejabat, keluarga yang datang melawat di rumah atau jika kamu punya restoran, ia pasti menarik perhatian pelanggan.

9. Sensor pergerakan inframerah menghidupkan cahaya apabila kamu berada berhampiran, dan padam sebaik sahaja kamu berjauhan selama dua minit, ia membantu menjimatkan tenaga. Bijak! Namun kamu boleh mengubah tetapan ini jika kamu rasa ia menjengkelkan.

10. Lightcycle didatangkan dalam dua warna pilihan iaitu putih dan perak.

11. RM2,399 harga Dyson Lightcycle untuk lampu yang mampu bertahan sehingga 60 tahun cukup berbaloi kehingga 4 generasi!

Tidak sekadar lampu pintar, di pasaran hari ini mengeluarkan banyak lampu mentol pintar berwarna-warni yang boleh dikawal melalui aplikasi, Bluetooth, WiFi dan ZigBee. Antaranya keluaran Philips Hue White and Color Ambiance, LIFX Ai9 Smart bulb, Xiaomi Mi LED Smart Bulb.


You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE