SEARCH

Laundry Day Bersama Samantha Katie James

Laundry Day Bersama Samantha Katie James

Idea & Penyelaras: Ryan Mohamad
Arahan Seni: Ashura Hakim
Penata Gaya: Ardi Idewani
Gambar: Jordi Harris
Solekan & Rambut: Adilla Ramli
Lokasi: Dippin Laundry USJ1/20
Terima Kasih: Hanna B

Samantha Katie James bukan saja mempesona mata daripada raut wajahnya, dia punya ciri rasmi “sosok mungil idaman pria” yang membuatkannya serba lengkap. Walau pernah dicap “bertubuh gempal bagi seorang ratu cantik”, saya mengangkatnya sebagai tubuh sempurna bagi manusia sebenar.

Kemeja oversized Hanna B & pakaian mandi H&M Spring Summer 2019

 

Aksesori milik penata gaya

 

Jika kamu mengikutinya di Instagram, Samantha disapa mesra dengan nama Sam, gemar berkongsi aktiviti kardio iaitu berlari di taman rekreasi. Selain itu, sering mengingatkan pengikutnya dengan kata-kata positif yang membantu menjalani hidup lebih baik. Menariknya, Sam jenis kuat makan, tidak seperti ratu lain yang sangat berjaga-jaga dengan pengambilan makanan. Selera Sam sama seperti orang biasa, namun bagaimana ia mengekalkan bentuk tubuh ‘sedap’ menjadikannya inspirasi kepada STAIL.MY untuk berkongsi.

Kemeja oversized Hanna B & pakaian mandi H&M Spring Summer 2019

 

Mengapakah kamu gemar berlari daripada melakukan sukan lain seperti pilates atau mengangkat berat di gim?

Meningkatkan endorphins, merasa baik, kelihatan baik, ia semacam meditasi kepada saya, ketika saya fokus dan melakukan aktiviti saya sendiri.

Apakah kelebihan berlari di taman rekreasi daripada treadmill?

Saya lebih dekat dengan alam semula jadi. Nyanyian alam adalah aman untuk minda, warna hijau membantu untuk melepaskan tekanan dan membantu menyembuhkan minda dan kita juga bebas berjalan mengikut kemampuan sendiri.

Seluar jeans Levi’s

 

Adakah kamu mengamalkan diet?

Ya, saya melakukan pelbagai jenis diet makanan seperti puasa yang berselang, ketogenic diet, bergantung kepada bagaimana saya rasa apa yang diperlukan oleh tubuh saya. Biasanya saya intermittent diet (berpuasa berselang-seli). Ini cara terbaik untuk tubuh sembuh dan supaya saya dapat memaksa diri untuk makan sedikit kerana sesungguhnya saya cintakan makanan!

Berapa kali dalam seminggu kamu keluar untuk bersukan (berlari)?

Kira-kira 3-4 kali, biasanya di bawah matahari. Terbukti secara saintifik bahawa matahari menyembuhkan kemurungan, bukannya saya tertekan tetapi itu rasa semula jadi yang baik!

Dress mini H&M Spring Summer 2019

 

Tip Samantha mencegah stres

a. Cukup Tidur
b. Meditasi sekurang-kurangnya 15 minit sehari untuk membawa keamanan kepada minda.
c. Bersukan
d. Makan makanan yang baik untuk anda
e. Get a friend fur (haiwan peliharaan)
f. Bercakap kepada seseorang mengenai apa sahaja yang mengganggu fikiran kamu dan luahkan kepada orang lain. Percayalah, kamu akan berasa baik! Boleh menjadi nasihat yang baik.
g. Masa untuk diri sendiri. Memperlihatkan kepedulian kamu terhadap diri sendiri, melakukan perbuatan baik untuk orang lain, berkongsi pengetahuan, memberi sokongan antara satu sama lain.

Bagaimana kamu melawan rasa amarah?

Usah peduli, jangan balas apabila marah. Kita harus mengawal emosi dan tidak membiarkan emosi mengawal kita. Kita adalah master kepada pemikiran dan tindakan yang kita lakukan. Jangan sekali-kali menunding jari, salahkan diri sendiri kerana kamu adalah satu-satunya orang yang boleh mengubah dan menjadi versi kamu yang lebih baik.

 

Apa yang membuatkan kamu tenang?

Muzik, latihan bernafas, bercakap dengan rakan-rakan yang membuat saya senang dan gembira, bersama dengan anjing saya, spaghetti dan berfikir positif.

Bersenam untuk kesihatan atau untuk nampak seksi?

Kedua-duanya! Maksudnya, saya ingin kelihatan seperti Cindy Crawford ketika saya berusia 50 tahun! Wah…

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE