SEARCH

James Marsden Peneraju Acara Anugerah Sukan Dunia Laureus – Memperkenalkan Laureus Sport for Good

James Marsden Peneraju Acara Anugerah Sukan Dunia Laureus – Memperkenalkan Laureus Sport for Good

IWC Schaffhausen menunjukkan sokongan terhadap Anugerah Sukan Dunia Laureus di Monaco dengan menyerlahkan usaha Laureus Sport for Good di seluruh dunia. Duta jenama IWC dan pelakon Hollywood, James Marsden menganjurkan Majlis Anugerah di Monte-Carlo Sporting. Pada waktu petang, Ketua Pegawai Eksekutif IWC, Christoph Grainger-Herr memperkenalkan Edisi Aquatimer Chronograph “Laureus Sport for Good” kepada ahli-ahli baharu Laureus World Sports Academy.

Saya percaya akan kesan positif yang dimiliki daripada sukan – bukan hanya pada kehidupan seorang anak atau remaja, tetapi juga pada keluarga dan masyarakat sosial. Anugerah Sukan Dunia Laureus adalah satu acara penting untuk menarik perhatian Laureus Sport for Good, dan saya gembira kerana kami boleh menyumbang untuk sesebuah mesej itu didengar.” Christoph Grainger-Herr, CEO IWC Schaffhausen

James Marsden Hos Ceremony Award

Duta jenama IWC James Marsden mengatur acara anugerah bersama dengan Amanda Davies, pembaca sukan utama di CNN International. Turut hadir di gala “Salle des Etoiles” adalah beberapa ahli keluarga IWC dan Laureus, termasuk juara Olimpik Fabian Cancellara, pemandu perlumbaan Maro Engel, dan bekas pemandu Formula 1 dan penyampai TV David Coulthard. Untuk tahun ketiga berturut-turut, gala Anugerah Sukan Dunia Laureus berlangsung di Monaco.

Aquatimer Chronograph Edition “Laureus Sport for Good” ilham pelukis, melan

Jam tangan edisi khas ke-13 yang dikeluarkan oleh IWC ini sebahagian daripada komitmennya untuk menyokong Laureus. Ia edisi terhad 1000 utas, jam tangan penyelam sporty dikuasakan oleh pergerakan chronograph 89365 yang dihasilkan oleh IWC dengan fungsi flyback. Dipasangkan dalam case keluli tahan karat bersalut getah, ia mempunyai dail dalam warna biru Laureus yang tersendiri.

Belakang case itu mempunyai ukiran lukisan oleh Melan yang berusia 15 tahun dari Sri Lanka. Melan memasuki pertandingan dengan mengetengahkan subjek “Waktu untuk Belajar” memenangi pertandingan lukisan tahunan anjuran IWC bersama-sama program yang disokong oleh yayasan.

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE