SEARCH

“Apa Haruman Rumah Kamu?” “Les Parfums Louis Vuitton” Haruman Rumah Hasil Lokasi Ilusi Penciptanya

“Apa Haruman Rumah Kamu?” “Les Parfums Louis Vuitton” Haruman Rumah Hasil Lokasi Ilusi Penciptanya

Tidak mewah sesebuah rumah selagi haruman ruang bukan daripada Les Parfums Louis Vuitton. Misi menciptakan haruman rumah ini untuk mencipta olfaksi, mencari, meningkatkan serta menakluki dunia dengan berbagai inspirasi yang diilhamkan untuk Master Perfumer Jacques Cavallier Belletrud.

Les Parfums Louis Vuitton
Lilin rumah Les Parfums Louis Vuitton

 

Bagaimana ketahui perbezaan aroma? Bukan melalui balang, penutup, mahupun tangkai. Tetapi sumbu lilin yang berlainan warna pada koleksi Les Parfums Louis Vuitton terdapat empat aroma berbeza yang bakal menjemput kamu ke segenap ruang.

Kenali Empat Aroma Les Parfums Louis Vuitton
Les Parfums Louis Vuitton
Dari kiri: Dehors Il Neige, Feuilles d’Or, Île Blanche dan L’Air du Jardin

 

Sumbu Merah – L’Air du Jardin

Bunga Mawar sebagai aroma utama, Jacques Cavallier Belletrud membentuk wangian di laboratorium wangiannya di Les Fontaines Perfumees yang cuba mengayakan sensasi bunga-bungaan seperti di taman mawar.

Biru Muda –Île Blanche

Île Blanche adalah pulau imaginasi yang segar dengan semburan samudera dan sinaran cerah mentari. Nota segar oren, sambac melati dari China, neroli dan kapulaga mencetus wangian santai.

Kuning – Feuilles d’Or

Diilhamkan oleh aroma hutan yang rimbun, di mana penghijauan bumi lembap bersatu dengan daun dan kayu, Jacques Cavallier Belletrud membayar penghormatan kepada nilam Indonesia. Dia menawarkan intipati Virginia cedar. Kayu kayan, nilam yang membawa haruman mistik. Asas kemenyan, geranium, dan balsam Peru melangkah ke hutan khayalan ini.

Hijau – Dehors Il Neige

Les Parfums Louis Vuitton

Jacques Cavallier Belletrud menumpukan perhatian kepada keajaiban salji. Dia membayangkan tempat itu di dalam sebuah chalet gunung yang selesa dan tenang yang jukstaposisi logam beku dengan hutan pain hijau yang subur. Dehors Il Neige mengeksplorasi sensasi lembut, kayu manis, raspberi, halia sementara kemenyan merangkumi kelembutan selimut Kashmer.

Semua wangian ini akan mula dijual di pasaran bermula November 2018 ini.

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE