SEARCH

LG Electronics Memperkenalkan Rangkaian Barangan Elektronik Rumah Dengan Inovasi Termaju Sepanjang 2017

LG Electronics Memperkenalkan Rangkaian Barangan Elektronik Rumah Dengan Inovasi Termaju Sepanjang 2017

Teknologi terbaik di dunia dalam rangkaian produk terbaru LG Electronics. Rangkaian produk bertemakan “Innovation that Goes Beyond” turut mengetengahkan pelbagai teknologi yang memenangi anugerah dan diiktiraf di seluruh dunia seperti LG Signature 4K OLED TV, Super UHD TV, peti sejuk Smart InstaView dan mesin basuh TWINWash.

“Dengan pengenalan teknologi-teknologi terkemuka dunia, LG berbangga untuk terus menawarkan inovasi terbaik demi mencapai pengiktirafan di peringkat antarabangsa. LG jelas menunjukkan kepakarannya dalam menghasilkan teknologi yang memberi kelainan kepada pelanggan. Kami membawakan inovasi ke satu tahap serba baru menerusi produk yang tahan lama dan direka untuk menambah baik gaya hidup pelanggan,” David Oh, Pengarah Urusan LG Electronics (M) Sdn. Bhd.

 

LG OLED TV G7

Teknologi paparan OLED menjadi kebanggaan LG untuk memperkenalkan format TV generasi seterusnya. LG OLED TV G7 menampilkan reka bentuk gambar-di-atas-kaca (Picture-on-Glass) setebal kurang 2mm dan menghasilkan imej-imej yang kelihatan seperti terapung di udara. Bukan itu sahaja, OLED C7 hadir bersama reka bentuk Blade Slim yang berfungsi dengan paparan OLED penuh elegan bagi memastikan tontonan yang konsisten biarpun dari arah tepi.

LG Electronics

LG DUALCOOL

LG memperkenalkan pendingin hawa DUALCOOL serba baharu dengan sistem Dual Inverter Compressor yang mampu menjimatkan tenaga sehingga 70 peratus, pada masa sama mencapai penyejukan 40 peratus lebih pantas. DUALCOOL turut merangkumi teknologi LG Mosquito Away yang dipasang untuk menghalau nyamuk menggunakan gelombang ultrasonik yang terbukti tidak berbahaya kepada manusia.

LG Electronics

LG PETI SEJUK GC0M2475SLUV

Peti sejuk ialah perkakasan rumah yang berfungi 24 jam sepanjang tahun. Jadi, pengguna mahukan produk yang mampu menawarkan pelaburan terbaik untuk jangka masa panjang – penjimatan tenaga, tahan lasak dan kos efisien. Ciri Inverter Linear Compressor LG menangani masalah ini dengan mengurangkan kadar geseran komponen dalaman untuk penggunaan tenaga lebih rendah, senyap dan disokong oleh jaminan selama 10 tahun. RM4,999

LG Electronics

MESIN BASUH (PINTU HADAPAN) FC 1409H3W

Mampu memuatkan kapasiti basuhan sehingga berat 10.5kg dan 7kg kapasiti pabila kering. Ada Inverter Firect Drive dengan 6 motion dan Teknologi TrueSteam LG telah diiktiraf oleh Yayasan Alergi British (BAF) di atas keupayaannya menghilangkan alergen dan mesra pesakit asthma. Selain menghilangkan alergen, TrueSteam juga mampu membuang sisa-sisa serbuk pencuci pada baju yang boleh menyebabkan alahan pada kulit.  Dengan teknologi Smart ThinQ™ LG, pengguna akan menerima notifikasi, selain boleh memuat turun kitaran cucian dan memantau status cucian mereka. RM3,999.

Majlis pelancaran “Innovation that Goes Beyond” juga mengetengahkan produk-produk lain seperti pembesar suara rumah LG, peti sejuk, penulenan udara LG PuriCare 360, mesin basuh muatan hadapan dan atas, pencuci pinggan serta banyak lagi. Maklumat lanjut mengenai LG Electronics, sila layari laman web http://www.lg.com/my.

LG Electronics

SPEAKER CM5760

LG Electronics
PH3

LG Electronics
SJ9

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE