SEARCH

‘Christmas Is In The Air’, Rayakan Magis Natal Di Pavilion KL

‘Christmas Is In The Air’, Rayakan Magis Natal Di Pavilion KL

Pavilion Kuala Lumpur (Pavilion KL) rasmi melancarkan ‘Christmas Is In The Air’ – festival keriangan yang menyambut perayaan Hari Natal 2017.

Dengan inspirasi belon-belon panas yang menampilkan Santa Claus, ruang legar utama Pavilion KL bakal berubah lebih ceria dan bahagia menjadi “Kerajaan Salju” sehingga 1 Januari 2018.

Pengunjung akan disambut dengan instalasi-instalasi kirana yang bertemakan Natal seperti rusa-rusa salji di sekitar air pancut bunga raya Pavilion KL yang ikonik.

Dari gerbang utama, sedia terpersona melihat perhiasan-perhiasan Natal yang gah dan meriah, lengkap dengan pohon-pohon natal yang menjulang tinggi.

Usah khuatir bagi mendapatkan foto-foto bersama keluarga, kekasih atau rakan-rakan dengan sempurna. Sedia terbuka untuk bergambar bersama Santa Claus di raga belon panas secara digital, yang dipasang oleh Harvey Norman.

Perayaan diteruskan dengan persembahan-persembahan berkala di pentas utama. Turut terdapat pelbagai tawaran istimewa dan bonanza hujung tahun untuk rebutan pengunjung serta variasi persembahan Natal yang lain diadakan sepanjang festival berlangsung.

Pengalaman Natal kamu itu tadi tidak lengkap tanpa sambungan Internet. Seraya itu, Pavilion KL senang menyediakan capaian WIFI secara percuma kepada semua pengunjung.

‘Christmas Is In The Air’ dirasmikan oleh Timbalan Setiausaha Agung Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia, YBhg, Dato’ Yean Yoke Heng. Tekan pautan untuk melihat jadual penuh persembahan-persembahan Natal yang bakal berjalan di ‘Christmas Is In The Air’.

Bersempena Karnival Mega Jualan Akhir Tahun Malaysia juga, dua pengunjung bertuah (yang berbelanja paling tinggi) berpeluang memenangi percutian 4 hari 3 malam di Club Med Villas Maldives yang bernilai RM80,000. Layari www.pavilion-kl.com untuk keterangan lanjut.

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE