SEARCH

Legasi Mahkota Mikimoto Kembali Menyuntik Aura Miss Universe

Legasi Mahkota Mikimoto Kembali Menyuntik Aura Miss Universe

Apa ada pada mahkota? Jawapan saya ialah kuasa. Namun dalam hal ratu cantik, pemilikan mahkota menandakan kamu itu sang juara. Juara yang paling jelita menakluki semesta. Setelah 10 tahun ‘direhatkan’ mahkota Mikomoto kembali menghiasi kepala sang ratu cantik.

Apa Ada Pada Mahkota Mikimoto?

Nama asalnya The Phoenix Mikimoto Crown atau disebut-sebut Mikimoto Crown dibuat oleh syarikat Mikimoto Pearl di Toba, Jepun adalah mahkota paling sukar dicipta yang digunakan oleh Organisasi Miss Universe.

Di kalangan pakar ratu cantik, mahkota ini adalah salah satu mahkota paling ikonik yang dicari oleh pemenang Miss Universe buktinya seperti Pia Alonzo Wurtzbach, Miss Universe 2015 punya hasrat untuk melihat dengan secara empat mata, mahkota ini sebelum pengakhiran gelarannya.

Tomohiro Yamaji Pereka Mahkota Ikonik

Artisan asal Jepun, Tomohiro Yamaji mereka mahkota ini pada 2000 dan telah dibentuk sebagai penajaan syarikat Mikimoto Pearl sempena ulang tahun ke 50 dan merangkap penaja perhiasaan rasmi Organisai Miss Universe.

Pengisian mahkota ini terdiri daripada emas kuning dan putih berukuran tiga millimeter hingga 18 milimeter. Ia mengambil rekaan bulu Fenghuang Phoenix daripada ikonografi tradisi Jepun.

Mahkota Mikimoto ini turut disadurkan dengan berlian 18 karat dengan 120 mutiara Laut Selatan seberat 29.7 karat. Oleh kerana sifatnya yang unik, setiap perincian keselamatan dilampirkan ke mahkota ke mana saja ia dibawa.

Mikimoto turut di ansurankan untuk mengawal kerosakkan juga kehilangannya dan harga untuk mahkota ikonik ini ialah $250,000 USD atau sekitar RM1 juta.

Generasi yang memakai mahkota Mikimoto adalah pemegang gelaran Miss Universe tercantik pernah dinobatkan. Mari saya senaraikan ratu paling cantik pilihan STAIL.MY yang dinobatkan memakai Mikimoto.

5 MISS UNIVERSE PALING CANTIK PERNAH MEMAKAI MAHKOTA MIKIMOTO
  1. Oxana Federova, Rusia mahkota mikimoto kembaliRatu Dia yang pertama memakai mahkota ini pada 2002. Walaupun dia telah dilucutkan jawatannya, pada saya dia tetap jelitawan tercantik pernah dinobatkan sebagai Miss Universe.

2. Natalie Glebova, Kanada

mahkota mikimoto kembali
Natalie kini menetap di Bangkok bersama keluarganya. Dia dikurniakan bayi comel mirip dirinya bernama Maya. Kejelitaan Natalie kekal seperti sewaktu dia dilantik menjadi Miss Universe pada 2005.

3. Amelia Vega, Republik Dominika

mahkota mikimoto kembali
Amelia baru berusia 18 tahun ketika dia dinobatkan juara. Dia satu-satunya pemenang Miss Universe dari Republik itu sehingga kini.

4. Zuleyka Rivera, Puerto Rico 

mahkota mikimoto kembali

Kamu mungkin ingat-ingat lupa wajahnya. Dialah wanita penyeri lagu hit tahun ini, Despacito. Zuleyka pengsan selepas dinobatkan juara dan kontroversi pabila dia menjatuhkan mahkota sebelum dipakaikan ke kepala juara tahun berikutnya Riyo Mori. 

5. Jennifer Hawskins, Australia

mahkota mikimoto kembali
Wakil Australia yang minat sukan air ini menjadi inspirasi wanita lasak untuk memenangi ratu cantik. Jennifer menang pada 2004.

6. Demi-Leigh Nel-Peters, Afrika Selatan

mahkota mikimoto kembali
Demi menepati ramalan STAIL.MY untuk memenagi MU tahun ini sekaligus menjadi ratu kedua dari Afrika Selatan memenangi gelaran itu.

 7. Riyo Mori, Jepun

mahkota mikimoto kembali

Dari Jepun ke Jepun. Mikimoto di ‘tuannya’ pada 2007. Tahun terakhir sebelum ia direhatkan. Riyo memukau penonton dengan memakai gaun beralun Gucci pada malam penobatannya.

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE