SEARCH

Jualan Murah Produk Rumah & Makanan Ikea Sehingga 4 Ogos Ini!

Jualan Murah Produk Rumah & Makanan Ikea Sehingga 4 Ogos Ini!

Jualan murah produk dan makanan IKEA kembali dan tiba masanya kamu meluangkan masa bersama keluarga dan terinspirasi untuk menjadikan rumah lebih baik. Bermula dari 18 Julai 2019 hingga 4 Ogos 2019, kamu boleh menghabiskan hari di IKEA dan nikmati tawaran hebat beberapa produk terpilih di sini. Selain menjamu selera di kantin Ikea dengan hidangan-hidangan hebat sempena promosi berlangsung.

Lebih menarik jika kamu ahli keluarga IKEA! Nikmati tambahan 10 peratus item jualan untuk mendapatkan nilai wang kamu. Kebiasaannya di IKEA harus selalu bermula dengan makanan. Sama ada puffs kari terkenal, hot dog panas dan ais krim serta kepak ayam enak, atau kamu pasti dapat mencari sesuatu untuk sekeluarga nikmati.

Ketika musim jualan murah IKEA, Fish and Chips khas dengan kombo sos telur masin dijual dengan harga RM16.90, kombo khas ini boleh didapati untuk makan tengahari dan makan malam sepanjang tempoh Jualan IKEA (18 Julai 2019 hingga 4 Ogos 2019).

Tawaran Lebih Banyak Untuk IKEA FAMILY

Ahli keluarga IKEA, bersiap sedia untuk pergi ke tempat kerja dengan kepak ayam yang lazat. Pada 1 Ogos 2019 ini, dapatkan Kepak Ayam IKEA yang terkenal hanya RM2 /ketul (terhad kepada 12 ketul setiap pembelian).

Western Breakfast RM8.00 (22 Julai 2019)

 

Manakalaka eksklusif untuk sarapan pagi, ahli keluarga IKEA dapat menikmati menu hebat ini antaranya Western Breakfast (22 Julai 2019) berharga RM8, Menu percuma Nasi Goreng (24 Julai 2019) dan Mi Goreng (26 Juali 2019)

Nikmati makan malam dengan harga hebat seperti di bawah

Smoke BBQ Beef Ribs (23 Julai 2019) RM26.90
12 ketul Bebola Ayam (25 Kulai 2019) RM8.90
Pecuma Kek Almond dengan setiap pembelian Salmon Fillet (29 Julai 2019)
12 ketul ebola daging (30 Julai 2019) RM9.90
Pasta Bebola Ayam (31 Julai 2019) Beli 1 Percuma 1
Chicken Leg dengan sos lemon (2 Ogos 2019) RM9.90

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE