SEARCH

STAIL.MY Memilih #PRU14 Untuk Malaysia Yang Lebih Unggul

STAIL.MY Memilih #PRU14 Untuk Malaysia Yang Lebih Unggul

Hari yang ditunggu-tunggu rakyat Malaysia demi masa depan negara iaitu Pilihan Raya Umum ke-14 berlangsung hari ini. Malam ini adalah penentu sesebuah kerajaan memerintah. Adakah cukup sekadar sokongan, perarakan, kibaran, rating yang menentukan dan tidak pada kertas undi? STAIL.MY berharap Malaysia dapat menilai serta memilih satu yang terbaik untuk menghidupkan jawatan kuasa yang telus dalam memerintah negara untuk mencipta Malaysia yang lebih unggul.

Sama-sama kita harapkan agar Malaysia mengundi secara bijak dan tiada perkara yang tidak enak berlaku di belakang hari. Di bawah ini saya nyatakan harapan STAIL.MY untuk Malaysia pada 5 tahun akan datang….

Azreezal Hafidz, Ketua Pengarang & Penaung STAIL.MY
Malaysia Yang Lebih Unggul

Saya mengharapkan pentadbiran negara yang lebih adil dan saksama agar nasib rakyat lebih terbela. Penghapusan GST dan sebuah pentadbiran negara yang mementingkan rakyat berbanding diri mereka sendiri. Sudah tentu untuk sebuah negara yang lebih aman dan harmoni.”

Merrisa Emelda, Pengarah Kreatif & Penaung Bersama STAIL.MY

Rakyat Malaysia mempunyai pemikiran yang maju, supaya mereka dapat membina kehidupan yang lebih baik untuk negara, ekonomi yang lebih mampan, sistem kesihatan yang lebih utuh dan pendidikan yang matang agar dapat menghasilkan pemimpin yang lebih baik untuk generasi masa depan.”

Ashura Hakim, Pengarah Seni

Kos sara hidup tidak tinggi agar generasi baru dapat merasa berdikari dengan menyara kehidupan sendiri yang tidak sempit hutang serta tanggungan.”

Ardi Idewani, Pengarang Fesyen

Malaysia Yang Lebih Unggul

Saya menjulang harapan sebagai anak jati Sarawak untuk kemajuan di segenap ceruk, daerah serta mengharapkan kerajaan yang akan datang dapat membebaskan jurang harga barang yang tinggi dengan Semenanjung Malaysia. Put people first, kerana inilah masanya seseorang pemimpin perlu meletakkan rakyat terlebih dahulu berbanding diri sendiri.”

Ryan Mohamad, Pengarang Gaya Hidup

Malaysia Yang Lebih Unggul

Apalah negara tanpa rakyatnya dan siapalah pemimpin tanpa penyokongnya. Jadi, dengan penuh harapan agar Malaysia unggul dengan kejayaan, kemajuan, yang dicipta bersama-sama hingga mengharumkan kembali nama negara di peringkat dunia. Demi mencapai matlamat serta melahirkan generasi yang lebih terbuka, menerima dan pintar mengatur negara.”

Amira Azman, Penulis Kecantikan

Malaysia Yang Lebih Unggul

Semoga Malaysia bebas daripada hutang, rasuah dan jujur dalam segala perkara. Tiada jurang antara golongan atasan dan bawahan.”

Zaidi Che, Penulis Budaya

Malaysia Yang Lebih Unggul

Harapan saya agar negara ini lebih maju dan kita dapat pemerintahan yang lebih telus dan adil, ekonomi lebih baik serta nilai mata wang lebih stabil.”

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE