SEARCH

Marigold Peel Fresh Daily Fruit Goodness Bersama Lisa Surihani Mengadakan Jerayawara Pertama Seumpamanya Di 1 Utama

Marigold Peel Fresh Daily Fruit Goodness Bersama Lisa Surihani Mengadakan Jerayawara Pertama Seumpamanya Di 1 Utama

Apa yang membuatkan saya gembira? Tentunya jika kesihatan diri dan keluarga terjamin. Melalui minuman jus harian yang segar seperti Marigold Peel Fresh ia menambah lagi keasyikan minuman dengan terkandungnya aleo vera juga vitamin baik untk badan. Untuk itu, Marigold Peel Fresh mengajak kita semua ke jerayawara yang pertama seumpamanya dibuat jenama itu di 1 Utama Shopping Centre, Centre Court, Ground Floor bermula 19 Julai hingga 23 Julai 2017.

Marigold Peel
Seleksi jus buah pilihan Marigold Peel Fresh
MANFAAT PAMERAN MARIGOLD PEEL FRESH DAILY FRUIT GOODNESS

Raikan buah-buahan dan jadikan rutin memakan buah atau meminum jus buah segar setiap hari sebahagian daripada menu hidangan kamu. Pameran ini bertujuan mendidik kita ke arah hidup lebih sihat dengan pentingnya memakan buah-buahan berkhasiat. Enam peratus rakyat Malaysia (dewasa) mengambil buah-buahan dan sayur-sayuran yang mencukupi berbanding 7.5 peratus yang direkodkan pada 2011. Jus buah Marigold Peel Fresh boleh didapati dalam bungkusan yang mudah dibawa dan sedia untuk dimakan. Ia berfungsi sebagai pelengkap hidangan yang mudah dan cepat, disyorkan untuk diambil setiap hari.

“Salah satu cara kami memberi penghargaan kepada pengguna ialah dengan menganjurkan jerayawara seperti ini disamping mendidik pengguna tentang kepentingan memakan buah-buahan dan sayur-sayuran. Pameran Marigold Peel Fresh Daily Fruit Goodness juga pameran sulung kami demi penghargaan kepada penyokong jenama ini sepanjang tahun.” Yap Jay Queen, Pengurus Pemasaran, Contra Entreprises Sdn. Bhd.

Marigold Peel
AKTIVITI SEPANJANG ACARA

Orang ramai berpeluang menyertai aktiviti menarik seperti Stacking Game, Balance the Scale, Mini Golfing, XBOX Fruit Ninja dan banyak lagi yang boleh menjana minda juga tubuh. Aktiviti lain termasuk berpeluang lebih dekat dan peribadi bersama ahli silap mata pada masa-masa tertentu sepanjang lima hari berlangsung acara.

Marigold Peel
Lisa Surihani, Duta Marigold Peel Fresh
INGIN BERTEMU LISA SURIHANI? INILAH MASANYA!

Duta jenama Marigold Peel Fresh, Lisa Surihani akan membuat penampilan khas sempena roadshow ini pada 22 Julai 2017 bermula jam 12 tengah hari hingga 4:30 petang. Acara akan diambil alih oleh Lisa dalam satu bicarawara istimewa yang kamu sendiri boleh saksikan secara langsung. Lisa akan kongsikan akan kepentingan mengambil buah-buahan dan sayur-sayuran dalam pola pemakanannya sedang dalam menjalani kehidupan yang sibuk. Selain itu, sesi foto, beramah mesra dan autograf turut diadakan.

Untuk info lebih lanjut boleh ke laman sesawang juga Facebook rasmi.

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE