SEARCH

Bukan Aneh Jika Kamu Masih Ada Dara Di Zaman Ini

Bukan Aneh Jika Kamu Masih Ada Dara Di Zaman Ini

Daripada filem-filem anak remaja Hollywood contohnya American Pie hingga ke dalam negara, terutamanya filem-filem yang melibatkan aktiviti anak remaja contohnya Aku Masih Dara, Janji Diana, Maria Mariana terdapat banyak filem tentang pelajar remaja yang cuba menghilangkan dara mereka sebelum menamatkan sekolah, kolej atau mencapai satu tahap dalam hidup. Menonton filem ini, kamu mungkin berfikir bahawa apabila di kolej tanpa melakukan seks atau masih ada dara adalah sesuatu yang pelik, luar biasa atau tidak cukup cool. Tetapi itu bukan perkara utama sama sekali, terutamanya di Malaysia. Namun, kita harus mengambil langkah berjaga-jaga.

Mengikut data-data yang saya baca melalui dada akhbar dan jurnal kedoktoran, purata gadis remaja Melayu memasukkan zakar ke dalam faraj mereka pada usia 22 tahun. Jangan terkejut jika data ini diambil daripada gadis yang masih belum berkahwin.

Seperti yang dipetik daripada ayat dalam “College Virgins Are Mostly Silent Almost Majority,” ia bukanlah sesuatu yang luar biasa untuk lulus daripada kolej tanpa pernah melakukan hubungan seks.

Perbincangan yang membingungkan adalah fakta bahawa kebanyakan kajian ini mendefinisikan “kehilangan keperawanan” adalah melalui kali pertama kamu memasukkan zakar ke faraj, ia cara pemikiran yang sempit sebenarnya. Jika begitu, ramai golongan LGBTQ + tidak pernah mempunyai hubungan seksual antara zakar dan faraj. Tentunya!

Hakikatnya, seorang perempuan boleh hilang daranya melalui pelbagai cara antaranya bersukan, mengangkat beban terlalu berat atau sendiri-sendiri memasukkan jari ketika beronani. Tidak semestinya dia mempunyai hubungan seksual.

Konsep ‘Masih Dara’ Ada Pelbagai

Cuba lihat dari sudut yang lebih luas mengenai ‘masih berdara’. Tidak semestinya kamu masih berdara daripada melakukan seks (memasukkan zakar ke dalam faraj) sahaja. Malah mungkin saja konsep masih berdara itu lebih luas seperti tidak pernah memasukkan jari ke faraj kamu sendiri, atau faraj tidak pernah dijilat sesiapa, atau tidak pernah menggeselkan faraj kamu dengan bantal semasa kegersangan? Jadi, daripada konsep ‘masih dara’ di atas saya rasakan kita semua tidak lagi perawan. Come on kita manusia sempurna yang punya nafsu.

Dalam hal ini, jika kamu seorang pelajar kolej yang tidak pernah melakukan hubungan seks, boleh difahami jika kamu merasa sedikit tidak pasti tentang hal itu. Mungkin terpinga-pinga atau yang bijak boleh mengenalpasti apa yang sedang saya katakan ini. Liz Goldwyn, Pengasas The Sex Ed, platform multimedia untuk seks, kesihatan dan kesedaran pendidikan, menyatakan, “Kamu mungkin terkejut mengetahui berapa banyak perempuan yang masih dara berusia antara 20-an, 30-an dan lebih tua di luar sana yang berasa malu dengan status mereka.” Tapi ini di Amerika, di Malaysia saya pasti golongan yang menyimpan dara mereka cukup bangga dengan ‘pencapaian’ itu. Syabas saya ucapkan!

Jangan membandingkan diri kamu dengan orang lain

Jangan bandingkan status seksual kamu dengan orang lain (jaga rahsia kita sebolehnya). Kita harus berasa selesa dengan keinginan dan kemahuan kita. Sebagai seorang yang masih punya dara di kolej bukanlah sesuatu yang aneh dan tidak ada apa-apa untuk dimalukan. Banyak rakan sekelas kamu tidak pernah melakukan seks, atau sama ada mereka tidak bercakap mengenainya. Walaupun menjadi perawan di kolej adalah sesuatu yang jarang berlaku untuk remaja zaman ini, tidak salah mempunyai pengalaman seksual yang berbeza daripada orang lain. Tidak ada dua orang yang sama, dan hal itu termasuklah kehidupan seks mereka.

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE