SEARCH

Definisi Rekaan Inovasi & Ketukangan Sempurna, Maurice Lacroix Masterpiece Chronograph Skeleton

Definisi Rekaan Inovasi & Ketukangan Sempurna, Maurice Lacroix Masterpiece Chronograph Skeleton

Koleksi Maurice Lacroix Masterpiece sentiasa menggabungkan tiga ciri-ciri penting untuk satu rangkaian agung jenama ini. Reka bentuk, inovasi dan ketukangan harus dipatrikan selaras dengan namanya untuk mencipta perhatian serta estetika elegan pada jam tangan.

Sejak 90-an, Maurice Lacroix mencipta  jam tangan skeleton, maka dicipta rekaan skeleton untuk memastikan ketegaran struktur dan perincian pada dial yang pasti membuatkan pengguna nampak akan magis di atas dial. Dial terbuka mempunyai ketulenan peralatan yang terbaik. Bahan-bahan dipotong tepat menggunakan leser. Manakala, rangka yang nipis menjadikan pergerakan bergerak cantik, menekankan ketukangan yang menjadi sinonim dengan model Masterpiece.

Ciri-ciri Maurice Lacroix Masterpiece Chronograph Skeleton

Dial perak memaparkan paparan bi-compax yang ditempatkan dalam case PVD warna biru dengan ukur lilit 45mm. Penentu jam dan minit dikontrakan dalam warna emas hitam, manakala kronograf di tengah pusat disampaikan dalam varnish biru.

Kristal nilam tertulis nama “Maurice Lacroix” dalam perak. Case ini menyatukan pelbagai kemasan berbeza, termasuk satin ia menggariskan rasa kemewahan yang terdapat pada jam ini. Sesungguhnya, Maurice Lacroix berbangga dengan ciptaan ini dengan meletakkan logo jenama pada paparan detik kecil di kedudukan 9, meyakinkan lagi jam tangan ini adalah Masterpiece.

Model ini ditawarkan dalam kualiti keluli juga edisi terhad dalam PVD biru untuk 100 utas sahaja. Satu karya seni, ekspresi dan contoh hasil yang luar biasa, Masterpiece Chronograph Skeleton menggambarkan semua ciri-ciri mengagumkan yang saya sebut tadi. Your time is now.

Maurice Lacroix
Maurice Lacroix Masterpiece Chronograph Skeleton MP6028-PVC01-002-1
Perincian Maurice Lacroix Masterpiece Chronograph Skeleton

Case
-45mm, case keluli tahan karat, digilap dengan kemas
-Kristal nilam anti-pantulan pada pelindung case, turut tertera nama ‘Maurice Lacroix’.
-Kalis air hingga 10 ATM
-Crown skru

Tali/Bracelet
-Warna biru corak aligator

Pergerakan Automatik ML206
-Jam dan minit diindikasikan di tengah-tengah
-Tetingkap saat kecil pada kedudukan 9
-Kaunter 30 minit Kronograf di kedudukan 3
-28,800 alt/h, 4Hz getaran
-Rizab kuasa 48 jam
-Dekorasi dengan black gold plated movement

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE