SEARCH

McDonald’s Malaysia Perkenal Menu Ramadan

McDonald’s Malaysia Perkenal Menu Ramadan

McDonald’s Malaysia melancarkan dua tawaran menu baharu untuk pelanggannya yang inginkan hidangan lazat dan mengenyangkan sepanjang Ramadan ini. Mereka boleh memilih dua tawaran menu ekslusif – Nasi McD baharu dan Chicken Foldover yang kini boleh didapati di semua cawangan McDonald’s.

McDonald's
Nasi McD dan Chicken Foldover

 

Bagi penggemar hidangan nasi, kamu boleh memilih untuk mendapatkan sos kari baharu untuk dinikmati bersama Nasi McD dan Ayam Goreng McD. Nasi McD boleh didapati dengan pilihan 1 ketul atau 2 ketul Ayam Goreng McD. Set ini dibahagikan bersama coleslaw dan Iced Lemon Tea bersaiz medium, untuk hidangan lengkap berbuka puasa.

Tawaran menu baharu ini juga membawakan kembali Chicken Foldover yang menjadi kegemaran ramai – bersalut dua kepingan daging ayam lembut yang dibakar sempurna, ditambah dengan daun salad dan tomato segar, serta sos istimewa baharu yang dibaluti dengan roti nipis. Dihidangkan bersama McDonald’s French Fries yang terkenal berserta Iced Lemon Tea, hidangan lengkap ini pasti mampu memberi kepuasan kepada pelanggan yang inginkan pengalaman citarasa baharu.

McDonald's
Banana Pie

 

McDonald's
Ice Blended Ribena

 

Selain daripada dua hidangan eksklusif itu, pelanggan juga boleh menikmati pelbagai jenis hidangan pencuci mulut citarasa tempatan. Selain D24 Durian McFlurry yang digemari ramai, McDonald’s juga akan membawakan semula Banana Pie yang sesuai dimakan semasa berbuka puasa, dengan inti pisang yang aromatik, di dalam pastri rangup McDonald’s yang terkenal. Buat pelanggan yang sentiasa on the go, atau mereka ingin melengkapkan hidangan dengan sesuatu yang manis dan menyegarkan, pencuci mulut McDonald’s juga menawarkan Sarsaparilla Cones dan Ice Blended Ribena terbaharu daripada McCafe.

McDonald's
Kon Sarsaparilla

 

Bagi hidangan sahur pula, mulai 6 Mei hidangan menu biasa (Regular Menu) terpilih McDonald’s boleh didapati sehingga jam 6 pagi bagi memenuhi keperluan pelanggan-pelanggan yang berpuasa. Ini termasuklah Nasi McD, Ayam Goreng McD, McChicken, Spicy Chicken McDeluxe dan Chicken McNuggets yang pastinya memberi kepuasan bersahur di McDonald’s.

Set Nasi McD dengan 1 ketul Ayam Goreng McD, coleslaw dan Iced Lemon Tea boleh didapati dengan harga RM13.95, manakala set dengan 2 ketul Ayam Goreng McD pula berharga RM16.95. Hidangan Chicken Foldover pula boleh didapati dengan harga RM16.95, dan dihidangkan lengkap bersama French Fries dan Iced Lemon Tea bersaiz medium.

Tawaran menu Ramadan McDonald’s Malaysia kini sudah boleh didapati di restoran-restoran McDonald’s di seluruh negara, sehingga 5 Jun 2019.

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE