SEARCH

Adakah Melancap Dapat Membantu Mengatasi Kesihatan Mental?

Adakah Melancap Dapat Membantu Mengatasi Kesihatan Mental?

Melancap membantu kamu mempelajari tentang apa yang kamu suka perihal seksual, contohnya melalui imaginasi, perbuatan dan memberi idea jika kamu bersama pasangan. Tetapi adakah kamu tahu bahawa melancap boleh membantu kensihatan mental juga? Walaupun ia bukanlah rawatan berkesan untuk mengatasi kesihatan mental, ia dapat melegakan beberapa gejala seperti tekanan dan kesukaran untuk tidur.

Mengatasi Kesihatan Mental

Orgasma adalah perkara yang luar biasa”. Vanessa Marin, Ahli Terapi Seks

Jika kamu mempunyai kebimbangan serius mengenai kesihatan mental, kamu dinasihatkan lebih sesuai bercakap dengan ahli terapi dan datang dengan pelan penjagaan yang lebih komprehensif. [Melancap tidak akan] melumpuhkan kemurungan yang kamu alami secara serius.

Dalam erti kata lain, melancap tidak boleh menjadi satu-satunya pelan kesihatan (rawatan) dan ia bukannya boleh menyembuhkan secara keseluruhan. Tetapi ini yang boleh dilakukan

Bagaimana melancap memberi kesan kepada otak?

Apabila kamu melancap, tubuh kamu melepaskan beberapa hormon yang “berasa sedap” yang dipanggil endorphin. Walaupun kajian berbeza mendapati penyelidikan menunjukkan bahawa ia juga mempengaruhi prefrontal corteks otak kamu.

Bagaimanakah melancap memberi kesan kepada mood?

Melancap membuat kamu berasa lebih baik dan saya bukan hanya bercakap tentang keseronokan fizikal sahaja. Apabila badan kamu melepaskan endorfin, kamu merasakan rangsangan mood sementara juga. Menurut psikologi, kamu boleh mengucapkan terima kasih kepada dopamin dan oxytocin khususnya untuk kepuasan yang tinggi.

Bolehkah melancap melegakan tekanan dan kebimbangan?

Kajian menunjukkan bahawa kehadiran oxytocin merendahkan tahap hormon lain. Cortisol, yang dikaitkan dengan tekanan tinggi. Sesetengah orang mendapati kesan tekanan melancap juga berfungsi untuk menguruskan kebimbangan. “Selepas orgasma, saya lebih tenang, dan saya dapati bahawa ia sebenarnya cara hebat untuk merangsang otak,” kata seorang teman kepada saya.

Adakah melancap dapat mengatasi kemurungan?

Walaupun belum ada keputusan yang menyetakan hal ini, Tetapi, sesetengah orang yang mengalami kemurungan mengatakan bahawa peningkatan mood yang ‘dipakejkan’ menerusi melancap boleh mengurangkan simptom kemurungan mereka.

Bolehkah melancap membantu kamu tidur?

Oxytocin, bersama-sama dengan prolaktin, hormon lain yang dibebaskan semasa melancap membuatkan kamu berasa santai. Jadi melancap boleh menjadi alat bantuan tidur semulajadi. Sebuah syarikat insurans kesihatan Jerman juga mengeluarkan iklan mempromosikan melancap sebagai cara untuk mendapatkan tidur malam yang baik.

Bolehkah melancap membantu kamu mengenali diri?

Menurut Planned Parenthood, melancap adalah cara terbaik untuk mengenali tubuh kamu dengan lebih baik dan menghargai semua yang ada padanya seperti kepuasan, ransangan, rasa klimaks dan cara terbaik memperbaiki kekurangan alat kelamin dengan mencari pakar perubatan kesihatan terhadap alat sulit.

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE