SEARCH

Tawaran Akhir Menu Istimewa Di IKEA Hari Ini, Sebelum Semua Pulang Beraya!

Tawaran Akhir Menu Istimewa Di IKEA Hari Ini, Sebelum Semua Pulang Beraya!

Hari Raya tidak akan sama tanpa makanan lazat untuk dimakan sepanjang hari. Ya. Makan sepuasnya sebagai tanda kemenangan! Bermula dengan sarapan pagi, makan tengahari, makan malam, dan semua makanan ringan. Tiada diet yang dibenarkan musim perayaan ini. Hari ini adalah tawaran akhir menu-menu istimewa di IKEA sebelum menyambut Syawal. Untuk mengelakkan kamu terlepas peluang dan kempunan di kemudian hari, kunjungi IKEA berdekatan kamu sekarang!

Kek D24 Durian Cendol

 

Ramadan ini pertama kali IKEA menjual pelbagai jenis kek. Mereka yang teruja dengan durian akan menyukai Kek D24 Durian Cendol (RM102.90, 1.4kg). Selain itu, Kek Ondeh-Ondeh (RM74.90, 1.4kg) atau Kek Pulut Hitam (RM86.90, 1.8kg) yang sempurna sebagai hidangan manisan setelah atau sebelum berbuka puasa.

Kek Pulut Hitam

 

Kek Ondeh-Ondeh

 

Biskut adalah antara hidangan penting dalam mana-mana perayaan di Malaysia. Semasa menjadi tuan rumah di rumah terbuka, hidangkan biskut kepada rakan dan keluarga. Letakkan sekali beberapa titbits yang lazat sebelum hidangan berat. Ada lima jenis untuk kamu pilih, kegemaran STAIL.MY ialah Macadamia Nut Cookies (RM17.90 per kotak).

Jangan lepaskan peluang kali terkakhir Nasi Arab Lamb Kabsa yang berharga RM16.90 sahaja. Kunjungi laman web untuk tawaran lanjut yang hebat sempena musim perayaan ini.

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE