SEARCH

Persembahan dan Personaliti Mercedes-Benz AMG E 53

Persembahan dan Personaliti Mercedes-Benz AMG E 53

Mercedes-Benz Malaysia memperkenalkan Mercedes-AMG E 53 Sedan dan Mercedes-AMG E 53 Coupé untuk menyertai rangkaian E-Class, Masterpiece of Intelligence dalam segmen eksekutif premium bersama Mercedes-Benz E 300 AMG Line, yang diperkenalkan awal tahun ini iaitu Mercedes-Benz E 200 Avantgarde, E 250 Avantgarde, E 250 Exclusive, dan Mercedes-AMG E 63 S.

Mercedes-Benz AMG E 53

Mercedes-Benz terus menyatukan segmen limusin eksekutif premium dengan Mercedes AMG E 53 dan E 53 Coupé baharu. Pasangan ini menawarkan reka bentuk yang sangat ‘tajam’ dengan penampilan elegan yang sporty. Mercedes-AMG E 53 dan E 53 Coupé kedua-duanya dikuasakan oleh enjin turbo enam-silinder 3.0 liter dengan EQ boost starter-alternator yang dicirikan prestasi tinggi dan elektrifikasi maju.” Mark Raine, Naib Presiden, Jualan dan Pemasaran, Mercedes-Benz Malaysia.

Mercedes-Benz AMG E 53

Tiga kunci utama pada varian terbaharu ini;

  1. Mercedes-Benz Malaysia menafsirkan semula seni persembahan dengan Mercedes-AMG E 53 Sedan dan Mercedes-AMG E 53 Coupé, memperluas Masterpiece of Intelligence dalam portfolio Mercedes-Benz dengan gabungan reka bentuk sporty, prestasi dan kecekapan yang elegan.
  2. Harga masing-masing bermula daripada RM740,000 dan RM 764,000. Mercedes-AMG E 53 Sedan dan Mercedes-AMG 53 Coupé menggabungkan output berkuasa 320 kW (435 hp) dengan gaya sporty dan prestasi memandu.
  3. Kedua-dua Mercedes-AMG E 53 Sedan dan Mercedes-AMG 53 Coupé dilengkapi dengan penjana starter bersepadu yang meningkatkan prestasi AMG dan dinamik pemanduan, pada masa sama mengurangkan penggunaan bahan api dan pelepasan.

Harga atas jalan tanpa insurans bermula daripada;

Mercedes-Benz E 53 4MATIC+ Sedan : RM740,000
Mercedes-Benz E 53 4MATIC+ Coupe: RM764,000

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE