SEARCH

Mi 9T Dengan Kamera 48 Megapiksel Berharga RM1,199 Sahaja

Mi 9T Dengan Kamera 48 Megapiksel Berharga RM1,199 Sahaja

Hujung minggu lalu, Xiaomi melancarkan telefon pintar Mi 9T, model baharu dalam keluarga Mi 9. Model ini akan mula diedarkan kepada orang ramai mulai esok (25 Jun 2019) dengan harga bermula RM1,199 sahaja. Antara ciri-ciri menarik perhatian saya ialah ia menggunakan pemproses terbaharu Qualcomm® Snapdragon 730 Mobil Platform, paparan skrin penuh 6.39 inci, kamera pop up 20 megapiksel (hadapan) dan tiga kamera belakang 48 megapiksel.

Berani kami katakan, Mi 9T mencatat satu tanda aras baharu untuk rangkaian itu pada telefon pintar. Malaysia adalah pasaran pertama di Asia Tenggara dalam memperkenalkan Mi 9T dan kami berterima kasih kepada warga Malaysia di atas sokongan yang diberikan.” Allen An, Penurus Xiaomi Malaysia dan Singapura.

Antara kelebihan lain yang ada pada Mi 9T

1. Game Turbo 2.0
2. Skrin AMOLED 6.39 inci
3. Mode Membaca dan Sunlight 2.0 dan teknologi pelindung mata 256 skala
4. Kapasiti bateri 4,000 mAh
5. Generasi ke tujuh teknologi pengecam cap jari pada skrin
6. Kamera belakang 48 Megapiksel (MP) terbahagi kepada tiga kamera iaitu 13 mp berlensa wide-angle dengan 124.8 darjah kelebaran, 8 mp lensa telephoto.
7. Kamera hadapan 20 mp dengan pelindung Kristal sebagai pelindung untuk tidak mudah rosak.

Harga Mi 9T
Mi 9T hadir dalam dua versi iaitu 6GB + 64GB dengan harga pasaran RM1,199 dan dijual secara eksklusif di Lazada. Pelanggan yang menempah awal bermula 20-24 Jun 2019 bakal menikmati harga diskaun iaitu RM1,099 sahaja. Pra-tempah di sini. Manakala versi 6GB + 128GB akan dijual bermula 29 Jun 2019 dengan harga RM1,399. Model ini akan dijual secara eksklusif di Mi store.



You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE