SEARCH

Selamat Tinggal Mark Raine, STAIL.MY Mengalu-alukan Kehadiran Michael Jopp Ke Mercedes-Benz Malaysia

Selamat Tinggal Mark Raine, STAIL.MY Mengalu-alukan Kehadiran Michael Jopp Ke Mercedes-Benz Malaysia

Mercedes-Benz Malaysia mengumumkan pelantikan Michael Jopp sebagai Ketua Jualan & Pemasaran yang baharu, Mercedes-Benz Cars, Malaysia & SEA II bermula 1 Julai 2019. Pelantikan Jopp berkuatkuasa sebagai penyandang jawatan Mark Raine yang telah melengkapkan empat tahunnya di Malaysia, kini mengambil tugas baharu sebagai Naib Presiden Produk & Pemasaran di Mercedes-Benz Korea.

Kami sangat gembira kerana Michael Jopp menyertai keluarga Mercedes-Benz Malaysia. Dengan pengalaman industri yang kaya dan kepakaran dalam fungsi Jualan & Pemasaran, kami yakin bahawa dia dapat memimpin pasaran dan mengekalkan kedudukan kami di No.1 dalam pasaran automotif premium Malaysia. Jopp juga akan memainkan peranan utama dalam strategi pelanggan kami, mengambil pendekatan holistik terhadap kecemerlangan automotif dengan menyediakan pelanggan kami satu pengalaman jenama dengan portfolio produk kami yang kukuh.” Dr. Claus Weidner, Ketua Rantau Mercedes-Benz Asia Tenggara II

Di Mana Michael Jopp Sebelum Ini?

Sebelum menyertai Mercedes-Benz Malaysia, Jopp berkhidmat sebagai Naib Presiden Jualan dan Pemasaran di India selama tempoh hampir tiga tahun. Semasa dia di sana, Mercedes Benz India menduduki ranking Kepuasan Jualan JD Power serta melihat pelbagai inisiatif digital baharu diperkenalkan. Jopp adalah tokoh penting dalam mengekalkan kedudukan Mercedes Benz India dalam segmen kenderaan mewah, yang pada penghujung 2018 dinobatkan sebagai pembuat kereta mewah paling laris di sana untuk tahun keempat berturut-turut.

Dia membawa 20 tahun pengalaman dalam industri automotif, terutamanya peranan utama yang berkaitan dengan Daimler dan Mercedes-Benz di Jerman. MBA dari Goizueta Business School, Jopp gemar bermain golf dan melancong dalam masa luangnya. Selamat kami ucapkan!

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE