SEARCH

MINI Countryman Plug-in Hybrid & MINI Cooper S Countryman Sports Automotif Moden Menjengah Malaysia

MINI Countryman Plug-in Hybrid & MINI Cooper S Countryman Sports Automotif Moden Menjengah Malaysia

Menarik kali ini daripada MINI Malaysia, dua jentera baru yang ada keunikan masing-masing iaitu MINI Countryman Plug-In Hybrid yang pertama menjanjikan pengembaraan yang tiada tandingannya dan MINI Cooper S Countryman Sports mencatat sejarah buat Malaysia sebagai pasaran pertama di dunia yang memasang sendiri jentera MINI Countryman di dalam negara.  

MINI Countryman Plug-In Hybrid

Rekaan dalaman MINI Countryman terbaru ini menampilkan kemasan roda stereng kulit Yours WALKnappa MINI. Butiran rekaan dalaman ini turut diterjemahkan dengan keteilitian sulaman bersilang berwarna aluminium.

Paparan skrin sesentuh 6.5” beresolusi tinggi di bahagian kelompok instrumen dilengkapi dengan teknologi canggih terkini dan memberikan kawalan navigasi menyeluruh di hujung jari pemandu. Teknologi skrin sesentuh boleh mengesan sentuhan berbilang dengan fungsi pinch-to-zoom untuk akses peta dan penaipan.


MINI Countryman Plug-In Hybrid ini turut dilengkapi dengan kit badan ALL4, 19” Yours Masterpiece MINI, selain tersedia port pengecas. Terdapat butang eDrive untuk memberi pilihan mod pemanduan elektrik kepada pemandu seperti: mod standard AUTO eDrive, mod MAX eDrive yang berteraskan elektrik sepenuhnya dan mod SAVE BATTERY untuk mengekalkan status pengecasan bateri bervoltan tinggi pada tahap yang malar.

Didatangkan dengan transmisi 6 kelajuan automatik, MINI terbaru ini berkeupayaan untuk menjana 224hp dan tork mencecah 385Nm lalu menjadikan model ini yang terbaik dalam kelasnya. Model ini berupaya memecut sepantas 0-100 km/j dalam masa 6.8 saat dengan potensi kelajuan maksimum sehingga 198km/j dengan penggunaan petrol yang rendah iaitu purata 2.1 liter bagi setiap 100km. Selain itu, model ini juga dilengkapi dengan julat pemanduan elektrik penuh sejauh 42km dengan kelajuan maksimum 120km/j.

MINI Cooper S Countryman Sports

MINI Cooper S Countryman Sports terbaharu kini disertakan dengan pakej eksklusif John Cooper Works.

MINI Cooper S Countryman Sports turut dilengkapi dengan suspensi sport yang disetalakan dengan sempurna untuk pemanduan yang lebih dinamik. Kenderaan ini boleh mengekalkan kestabilan atas jalan raya walaupunpun dipacu dengan gaya pemanduan yang mencabar kerana kenderaan ini disokong oleh spring suspensi yang kukuh serta penyerap kejutan pneumatik yang lebih teguh. Kelincahan tiada tandingan dalam pengendalian MINI juga dikuasakan oleh MINI John Cooper Works Course Spoke bersaiz 19 inci yang disertakan dengan Run Flat Tyres.

Selain itu, antara ciri-ciri baharu yang menonjol pada model ini adalah Park Distance Control (PDC) di bahagian hadapan dan belakang – menjadikan pemarkiran dan olah gerak di kawasan sempit lebih mudah, ini termasuklah ciri Park Assist.


Ciri hiburan kini diperhebatkan lagi dengan sistem pembesar suara hi-fi Harman Kardon. Ia didatangi dengan output 360 watt dan sistem yang terdiri daripada 12 pembesar suara yang dilaras sempurna mengikut rekaan dalaman jentera ini. Kedudukan kesemua pembesar suara berprestasi tinggi ini boleh dinikmati dari semua tempat duduk; depan dan belakang, untuk pelbagai jenis muzik yang dipasang.

Enjin
Ia dijanakan oleh enjin turbo TwinPower MINI 2-liter 4-silinder. Model MINI ini juga dilengkapi dengan transmisi automatik sport dengan 8-kelajuan serta pedal anjakan sekaligus memberikan kenderaan ini keupayaan untuk menjana 192hp dan tork mencecah 280Nm.  MINI Cooper S Countryman Sports ini juga mampu memecut dari 0 hingga 100km/j dalam masa 7.4 saat dengan kelajuan sepantas 224km/j. Kesemua ini boleh dioperasikan melalui penggunaan petrol yang rendah iaitu dalam purata 6.5 liter bagi setiap 100km.

Harga Pasaran

Harga jualan (atas jalan untuk pendaftaran perseorangan tanpa insuran) bagi MINI Countryman Terbaharu dengan Jaminan Perbatuan Tanpa Had Selama 4 Tahun yang Disertakan Servis Berjadual Percuma ialah:

Countryman Plug-In Hybrid MINI: RM 255,888.00 
MINI Cooper S Countryman Sports: RM 245,888.00

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE