SEARCH

Maison Baharu Montblanc Di The Gardens Mall, Kumpulkan Koleksi Terhangat Masa Kini

Maison Baharu Montblanc Di The Gardens Mall, Kumpulkan Koleksi Terhangat Masa Kini

Eskpresi gaya lelaki pada rekaan dalaman butik menyebar dengan warna krim menekankan warisan kecanggihan dan ketukangan Eropah yang berinovasi. Montblanc memperkenalkan butik baharu seluas 654 kaki persegi di The Gardens Mall yang menawarkan persekitaran butik yang dinamik dan elegan. Memperbaiki keseimbangan antara reka bentuk kontemporari dan keanggunan klasik dengan mencampurkan hitam, putih dan tekstur kayu, butik baharu Montblanc Di The Gardens Mall ini menawarkan pelanggan pengalaman pelbagai deria. Pelanggan dijemput untuk mengeksplorasi ke dalam alam Montblanc dan koleksi-koleksi tersebut ditunjukkan dalam paparan khas di setiap bahagian.

Montblanc Di The Gardens Mall

Selama lebih dari satu abad, Montblanc mencipta instrumen penulisan terbaik, jam tangan, barang kemas dan barang-barang kulit yang menjadikan inovasi paling dikagumi seperti Montblanc Meisterstück, ia menjadi koleksi ikonik, klasik yang abadi. Diilhamkan untuk dijadikan “Maison of Fine Lifetime Companions”.

Montblanc Di The Gardens Mall
Intipati Maison Dihidupkan Dalam Butik Konsep Baharu

Butik konsep Montblanc baharu melengkapkan dan menerjemahkan reputasi syarikat sebagai “Maison of Fine Lifetime Companions”, dan menyampaikan ungkapan mewah sebenar dalam suasana yang santai. Duchaufour-Lawrance, pereka objek dan ruang kelahiran Perancis, membayangkan semula butik Montblanc dengan bentuk dan gayanya tersendiri, bermain dengan dikotomi kekerasan mineral dan garisan bahan organik ultra-lembut untuk perabot dan garisan yang terdapat di seluruh butik.

Montblanc Di The Gardens Mall

Jika kamu dapat lihat, terdapat garisan lurus dan melengkung mengelilingi butik, ada kena mengena dengan pena fountain Montblanc. Instrumen menulis ini memainkan peranan penting dalam sejarah koleksi pena lantas menjadi identiti rekaan butik terbaharu ini.

Lihat video yang disediakan Montblanc untuk kamu mendapat bayangan secara lebih jelas mengenai keindahan dan koleksi-koleksi yang tersedia di butik.

Kunjungi butik baharu Montblanc yang terletak di G-236, Ground Floor, The Gardens Mall Lingkaran Syed Putra, Mid Valley City.


Montblanc Di The Gardens Mall

Montblanc Di The Gardens Mall

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE