SEARCH

Nikmati Santapan Tengah Hari Ala Penthouse Mewah New York Di Mr Chew’s Chino Latino. #MrChewSays… Enaknya!

Nikmati Santapan Tengah Hari Ala Penthouse Mewah New York Di Mr Chew’s Chino Latino. #MrChewSays… Enaknya!

Mahu makan tengah hari di mana? Teman menjawab Mr Chew. Segalanya mengenai Mr Chew. Sejak mula dibuka Mei lalu, Mr Chew’s Chino Latino Bar & Restaurant mendapat sambutan hangat, bukan sahaja kerana makanan signaturenya malah setiap inci ruang restoran ini dihias cukup cantik. ia benar-benar Instagram worthy. Kini restoran bertempat di tengah-tengah Bukit Bintang ini menyajikan santapan tengah hari dengan menu-menu hebat terbaru. Mari bawa teman kamu makan tengah hari di sini.

Mr Chew
Miso Salmon Bun
STARTER LUNCH MENU @ MR CHEW

Biar saya mulakan dengan hidangan pembuka. Dipersembahkan menggunakan bento box yang diisi Roll of the Day atau signataure Bun of the Day membolehkan tetamu mencuba sesuatu yang baru dalam setiap lawatan kerana menu ini ditukar-tukar dengan kerap. Roll of the Day terdiri daripada Gado Gado Roll – dibuat dengan kertas beras yang disumbat dengan udang, mangga, ramuan kelapa dan sos som tam hingga Tempura Prawn Popiah dan pelbagai jenis dressing. Manakala hidangan popular orang Asia ialah ‘popiah’ morsel yang dibungkus dalam selongsong sama ada digoreng, kukus, panggang atau mentah mengikut selera pelanggan. Ada juga roti mantao panggang, kukus atau goreng untuk dipilih dalam Roll of the Day.

Kamu boleh pilih Roll of the Day sebagai starter sama ada;

  1. Miso Salmon Bun (roti mantao goreng, salmon miss bakar, wasabi mayo, salsa nanas-alpukat dan salad cilantro).
  2. Barra Turmeric Bun (bun kukus, barramundi panggang, mentega cili kunyit, salad kastanye air, tobiko mayo).
  3. Mushroom & Corn Bun (sayur terpilih, roti panggang, cendawan eringgi, sayuran soya manis, salsa jagung yang dibakar). Ini tiga menu piihan saya. Sumpah sedap!
Mr Chew
Laksa Noodles

 

Mr Chew
Nasi Ayam

 

MENU UTAMA @ MR CHEW’S CHINO LATINO

Menu utama pilihan pasti membangkitkan selera kamu. Ia sebenarnya hidangan terkenal orang Asia yang digubah rasanya ala Mr Chew. Seperti yang kamu dapat lihat, Laksa Noodles terdiri daripada kaldu kelapa pedas dan nanas juga udang salad. Nasi Ayam Chew terdiri daripada kek beras rangup dengan ayam goreng, sos madu dan asam jawa. Ada juga salad noodle. Saya puji dengan keberanian chef untuk menu moden ini kerana berjaya memperbaharui rupa Nasi Ayam yang biasa kita lihat namun kekal enak walaupun ia tidak seperti Nasi Ayam biasa. Untuk menu utama hanya RM45++ seorang.

Mr Chew
Lychee & Mango Panna Cotta
MR CHEW TAK KALAH DENGAN PENCUCI MULUT

Simpan ruang di perut kamu untuk pencuci mulut, kerana terdapat tiga hidangan pemanis mulut yang tiada dalam menu ala carte untuk makan malam. Pertama, Coconut & Passion Fruit Sago Pudding dengan ais krim vanilla dan kelapa goreng. Kedua, Lychee & Mango Panna Cotta serta saya sarankan Chocolate Banana Roll. Ia popiah ais krim yang digoreng dan ditambah ais krim coklat hazelnut dan sos dulce de leche di luar, yummy! Untuk hidangan pencuci mulut pula hanya RM15++ sahaja.

WAKTU OPERASI MR CHEW’S CHINO LATINO BAR & RESTAURANT

Mr Chew dibuka untuk makan tengah hari 7 hari seminggu dari jam 11:30 pagi hingga 3 petang (pesanan terakhir pada jam 2:30 petang). Kamu boleh membuat pesanan secara dalam talian di laman web rasminya atau telefon di talian +603 4065 0168

Alamat
The Penthouse, The WOLO Hotel
Corner of Jalan Bukit Bintang and Jalan Sultan Ismail
Bukit Bintang
55100 Kuala Lumpur

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE