SEARCH

Sesat Dalam Ilusi Di Museum of Illusions Kuala Lumpur

Sesat Dalam Ilusi Di Museum of Illusions Kuala Lumpur

Sekarang kamu tidak perlu pergi jauh-jauh sehinga ke Pulau Pinang atau Melaka untuk merasai pengalaman muzium yang serba unik. Museum of Illusions Kuala Lumpur (@MOI_KL) baru sahaja di buka di tengah-tengah jantung Bukit Bintang, Kuala Lumpur.

Tepatnya di dalam Ansa Hotel (sebelumnya dikenali sebagai Picolo Hotel), MOI_KL menyajikan lebih 70 pameran dan permainan ilusi yang menghiburkan. Sedia terpesona dalam dunia ilusi ini, di mana deria kamu akan diuji dan fikiran akan bercelaru dengan fun.

Sesuai untuk kunjungan seisi keluarga dan sahabat handai, MOI_KL turut menawarkan lokasi untuk kamu rakam visual-visual yang mengagumkan dan #InSTAILgramWorthy. Bukan itu sahaja, setiap ilusi disertakan dengan keterangan ringkas untuk kamu fahami prosesnya.

museum of illusions kuala lumpur by STAIL.MY 1

Kami tidak mahu pengunjung merasa segan dengan emosi mereka sendiri, kami mahu mereka merasakan dan bermain dengan penuh perasaan setiap permainan ilusi yang terdapat di Museum of Illusions Kuala Lumpur ini. Ketawalah dengan sepuas-puasnya!,” ucap Azizul Azana, Pengarah Muzium.

museum of illusions kuala lumpur by STAIL.MY 2
Instagram @wajdihasjim

 

Adakah kamu cukup berani untuk memasuki terowong #VORTEX yang memeningkan? Perasaan seperti memasuki ruang angkasa. Pertama kali mencuba, pandangan saya berpusing-pusing 360 darjah, sedangkan kita masih berdiri tegak semasa melintasinya. It’s a cool experience, I must say.

Jelajahi #INFINITYROOMS, sebuah bilik yang penuh dengan cermin dan lampu-lampu LED yang mengagumkan. Beberapa bingkai hologram turut menghiasi ruang di MOI_KL. Teliti dengan kesan 3D yang ditonjolkan. Setiap daripadanya mengingatkan kita tentang perspektif yang berbeza-beza dalam setiap sudut kehidupan.

Museum of Illusions Kuala Lumpur
Ansa Hotel, 101 Jalan Bukit Bintang
DEWASA: RM35
KANAK: RM15
www.museumofillusions.my

museum of illusions kuala lumpur by STAIL.MY 3

museum of illusions kuala lumpur by STAIL.MY 4

museum of illusions kuala lumpur by STAIL.MY 5

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE