SEARCH

Music Run Kembali Ke KL Sports City November Ini

Music Run Kembali Ke KL Sports City November Ini

Tiada larian segempak ini! Music Run yang mendapat sambutan hangat sejak enam tahun kebelakangan ini kembali ke KL Sports City November ini dengan rakan penyampaian baharu iaitu CIMB Group. Music Run by CIMB akan berlangsung pada 23 November 2019 di Stadium Nasional, KL Sports City.

Terdapat dua cabaran larian iaitu 5km (5k) dan 10km (10k) dengan lebih 100 pembesar suara yang akan melingkari litar larian dan menghidupkan larian dengan dentuman bait-bait lagu mengikut genre pasa setiap kilometer. Kemuncak larian tentunya konsert di pentas utama yang bakal dibarisi oleh DJ ternama dan artis terkenal lainnya.

“Kami teruja untuk bekerjasama dengan The Music Run tahun ini dan berharap dapat menawarkan pengalaman yang menyeronokkan kepada semua peserta, terutama pelanggan CIMB. Acara ini membebaskan natural karbon, salah satu prinsip CIMB untuk memperjuangkan kemampanan untuk memastikan kesejahteraan planet kita dan generasi akan datang.” Mohamed Adam Wee Abdullah, Ketua Pegawai Pemasaran Kumpulan, CIMB Group

Tahun lalu Music Run berjaya menerima 20,000 penyertaan yang memenuhi Stadium Nasional. Tahun ini dijangkakan lebih penyertaan bakal diterima. Tiket untuk Early Bird akan mula dibuka jualannya pada 11 Julai 2019 jam 12 tengah hari dengan harga bermula RM85. Untuk kamu yang inginkan hiburan sambil menyihatkan badan, sila kunjungi laman web ini untuk segala maklumat terperinci dan pembelian tiket.

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE