SEARCH

Naelofar Couture Dengan Taruhan Inspirasi Laut Di Swarovski’s Sparkling Couture : Infinity Exhibition

Naelofar Couture Dengan Taruhan Inspirasi Laut Di Swarovski’s Sparkling Couture : Infinity Exhibition

Helaian tunggal Naelofar couture daripada Neelofa dipertunjukkan di gedung terkenal Dubai, Madinat Arena, untuk Swarovski’s Sparkling Couture : Infinity Exhibition edisi kedua minggu lalu.

Neelofa is unstoppable. Noor Neelofa tak pernah membiarkan penat lelah bermaharajalela dalam dirinya. Selepas mengaut satu demi satu pencapaian, dia terus lincah memperkembangkan portfolio yang tidak hanya tertumpu pada lapangan hiburan yang diceburi, malah perniagaannya juga. Neelofa berjaya mengemudi bahtera bisnes yang dimiliki olehnya itu, menawan persada glokal sehingga dia tersenarai dalam Forbes 30 Under 30.

Naelofar Couture Salacia di Swarovski's Sparkling Couture Infinity Exhibition
Dress labuh Naelofar ‘Salacia’, satu-satunya rekaan couture oleh mereka dipamerkan di Madinat Arena, Dubai di Swarovski’s Sparkling Couture : Infinity Exhibition

 

Terbetik lagi satu khabar gembira, pabila jenama Naelofar – salah satu cabang perniagaan Neelofa – kini mula mendapat perhatian antarabangsa. Rekaan tunggal couture Naelofar dipamerkan di acara Swarovski’s Sparkling Couture : Infinity Exhibition yang diadakan di Dubai pada 8 November lepas.

Ruang besar Madinat Arena menjadi saksi kepada karya-karya teragung 40 haute couturiers serta 50 pereka fesyen yang datangnya daripada 17 buah negara ke temasya berprestij ini. Semua hasil rekaan, baik modest wear, pakaian malam mahupun tradisional, terhias indah dan cantik dengan batu-batu kristal Swarovski. Dan Naelofar adalah jenama terpilih dari Malaysia, tidak terkecuali daripada meletakkan rekaan couture sulungnya yakni Salacia, yang juga bertatahkan Swarovski di pameran tersebut.

Naelofar Couture Salacia di Swarovski's Sparkling Couture Infinity Exhibition
Batu-batu kristal Swarovski berhias bersama tekstur sulaman bunga, menterjemahkan tema organik dan laut yang dicedok oleh pereka-pereka Naelofar untuk rekaan ‘Salacia’

 

Salacia mengkhayalkan ilham lautan, menggabungkan warna-warna seperti rona akuamarin, merah jambu dan biru gelap. Helaian dress panjang menyentuhi lantai, train meleret dan mantel structured, menyimpul rekaan dramatik dan statuesque, disempurnakan dengan kristal-kristal Swarovski. Tekstur sulaman bunga yang sarat pada bahagian badan baju, bahu juga skirt meluhurkan tema organik dan alam semulajadi yang dirai.

Naelofar Couture Salacia di Swarovski's Sparkling Couture Infinity Exhibition

Naelofar HIjab melengkapi pameran Salacia yang turut bergejolak dengan idea dasar lautan. Ditatah dengan batu permata baiduri putih dan kristal hijau berkilau, memencarkan sesuatu yang menyerupai tumbuhan liar. Asas warna butala atau bumi pula memperlihatkan kontras dan memerihalkan keseluruhan konsep.

Naelofar Couture Salacia di Swarovski's Sparkling Couture Infinity Exhibition

Hasil ciptaan Naelofar ini berjaya mengahwinkan modest wear dan couture dalam satu acuan, membuktikan kehebatannya dalam mengantarabangsakan fesyen muslimah atau modest. Lantaran menjadi perhatian satu dunia. Menjunjung matlamat yang gigih diperjuangkan oleh Neelofa dan Naelofar selama mereka berada dalam alam fesyen serta perniagaan.

Naelofar Couture Salacia di Swarovski's Sparkling Couture Infinity Exhibition
Rona ‘earthy’ mengkontraskan hiasan batu dan kristal, yang diilhami oleh dasar lautan

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE