SEARCH

Rasai Kopi Zaman Silam Dengan Nespresso Edisi Terhad Arabica & Uganda

Rasai Kopi Zaman Silam Dengan Nespresso Edisi Terhad Arabica & Uganda

Nespresso membawa pencinta kopi dalam pengembaraan mendekati asal usul kopi menerusi dua kopi edisi terhad terbaru iaitu Arabica Ethiopia Harrar dan Robusta Uganda.

Kapsul-kapsul baru memaparkan kopi dari Ethiopia tempat kelahiran jenis Arabica dan Uganda, salah satu daripada tempat asal jenis Robusta.

RESIPI HIDANGAN KOPI NESPRESSO EDISI TERHAD

Jangan lepaskan peluang untuk menikmati kedua-dua kopi enak ini. Bagi penggemar Lungo, Arabica Ethiopia Harrar boleh dinikmati sebagai Espresso dan Lungo:

Arabica Ethiopia Harrar
nespresso Espresso lazat dengan rasa buah-buahan ranum dan bungaan segar yang memberi kehalusan yang tersendiri. 100% Arabica dari Harrar, daerah asal yang mengkomersilkan dan mengeksport kopi secara global.
Kekuatan: 5
Sukatan hidangan: Espresso (40ml) atau Lungo (110ml)

Robusta Uganda
nespressoRasa manis dan memiliki ciri-ciri kakao yang kuat. 100% Robusta.
Kekuatan: 10
Saiz hidangan: Espresso (40ml) atau Ristretto (25ml)

Kopi baru daripada Nespresso benar-benar memberi inspirasi kepada saya terutamanya tempat asal mereka. Apabila mereka cipta sarung tersebut, saya mahu memberi gambaran keceriaan kedua-dua budaya dan menghubungkan kembali dengan kisah kopi yang menarik dengan warisan mereka.” Mariana Rodrigues, Pereka Ilustrasi Sarung Kapsul Kopi.

nespresso

Arabica Ethiopia Harrar dan Robusta Uganda boleh didapati untuk waktu terhad daripada Nespresso seluruh dunia, serta Pusat Khidmat Pelanggan Nespresso dan secara online di sini mulai 5 Februari 2018.

Untuk maklumat lanjut mengenai sejarah kopi dan perbezaan antara Arabica dan Robusta, layari laman sesawang rasmi tempatan.

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE