SEARCH

Acara Omega Lost In Space Meraikan 60 Tahun Speedmaster Bersama George Clooney & Buzz Aldrin

Acara Omega Lost In Space Meraikan 60 Tahun Speedmaster Bersama George Clooney & Buzz Aldrin

Omega ‘Lost In Space’ tema yang diketengahkan Omega sempena acara ulang tahun ke-60 jam tangan ikonik Speedmaster dengan acara yang dipenuhi bintang di London baru-baru ini. Aktor, George Clooney dan Buz Aldrin tetamu kehormat malam itu. ‘Lost In Space’ tema yang memberi penghormatan terhadap warisan jenama dalam penerokaan angkasa lepas.

Malam penuh magis itu dihoskan oleh Profesor Brian Cox di Tate Modern London yang berjaya mengubah ruang dan menyuntik mood dengan sentuhan anggun futuristik dari 60 model terpenting Speedmaster yang dikeluarkan dari 1957 hingga 2017.

omega-post-event-4-stailMY

Acara Bermula

Raynald Aeschlimann, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Omega adalah yang pertama di atas pentas dan mengalu-alukan kehadiran tetamu sambil memberikan pandangannya mengenai kronograf Omega paling terkenal itu.

“The Speedmaster adalah satu-satu kronograf ikonik dunia. Bukan saja untuk Omega, tetapi bagi lelaki dan wanita yang telah memilikinya. Walaupun selepas 60 tahun, kuasa dan karisma tidak berkurangan. Kami amat bangga menganjurkan acara sebesar ini dan berkongsi dengan peminat terpenting Speedmater.” Raynald Aeschlimann.

Cerita Buzz

Omega Speedmaster telah melalui sejarah yang panjang dan pelbagai. Model asalnya adalah jam tangan pertama dunia dengan skala tachymeter pada bezel. Sejak itu, reka bentuk diuji dengan ujian masa lalu dipakai oleh angkasawan, juruterbang tentera udara, peneroka, ahli sukan dan pelakon serta peminat dari golongan msyarakat dari seluruh dunia. Paling terkenal, Apollo 11 pada tahun 1969, Buzz Aldrin melangkah ke permukaan bulan dan pada masa itu, Omega Speedmaster menjadi jam tangan pertama yang pernah dipakai di bulan.

Berlalu 48 tahun kemudian, Buzz muncul spektakuler dalam pakaian angsakawan di pentas Omega yang gah ini. Satu tepukan hebat dari tetamu lantas dia menceritakan kenangannya di angkasa.

“Kami tidak takut. Malah kami berbangga kerana dapat mewakili semua yang mempunyai kemahiran dan pengetahuan untuk melaksanakan sesuatu yang amat bermakna kepada kita sebagai angkasawan, juga kepada orang ramai.” Buzz Aldrin.

Berdiri bersama Buzz adalah pelakon terkenal Geoge Clooney, yang bukan saja pengikut Speedmaster yang berdedikasi, tetapi juga peminat sepanjang penerokaan angkasa. Sejak kanak-kanak, misi Apollo dan Omega Speedmaster antara kenangan yang paling berharga George.

George memberi penghormatan peribadi untuk Buzz, “Sejarah ini penting untuk kita semua. Apa yang kamu lakukan penting buat kita semua dan saya berterima kasih di atas keberanian, kepimpinan dan semua yang telah kamu lakukan.”

Acara “Lost In Space” diakhiri dengan persembahan ESKA yang memberikan endisi lagu-lagu klasik David Bowie Space Oddity. Cara terbaik melengkapkan malam dengan hiburan yang asli dan imaginasi.

Apa yang mereka pakai?

Buzz Aldrin dan James Ragan memakai The Speedmaster Moonwatch Professional Chronograph. George Clooney memakai The Speedmaster Moonphase dan Raynald Aeschlimann juga memakai Speedmaster Moonphase bertatahkan emas 18 karat.

omega-post-event-5-stailMY
Barisan Speedmaster dalam kaca pameran

 

omega-post-event-8-stailMY

Video acara gemilang Omega Lost In Space yang berlangsung di London

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE