SEARCH

King’s Potong Bawakan Ais Krim Potong Perisa Onde-Onde

King’s Potong Bawakan Ais Krim Potong Perisa Onde-Onde

Makanan minum petang kamu kini menjadi perisa ais krim enak! King’s Potong kini memperkenalkan King’s Potong Signature Onde-Onde atau nama lainnya Kuih Gula Melaka. Peminat aiskrim potong kini boleh menikmati pencuci mulut unik yang digemari orang ramai. Resepinya dibawa mengembara ke serata negara dan budaya, juga telah menjadi lirik lagu tradisional.

Dari tanah Jawa, Onde-onde merentasi Kepulauan Melayu dan dipilih oleh masyarakat Peranakan sebagai salah satu daripada budaya mereka. Ia dibawa ke Belanda oleh masyarakat Indonesia yang berhijrah ke Nertherland dalam tahun 1950-an. Hari ini, onde-onde boleh dinikmati di restoran dan pasaraya Asia di serata dunia. Onde-onde adalah bebola beras pulut yang berisi gula Melaka dan disaluti kelapa parut segar. Apabila makan Onde Onde, kombinasi yang menarik ini akan ‘meletup’ dengan rasa yang manis dan enak. Aiskrim King’s Potong yang unik ini diperbuat daripada kelapa dan pandan, dan diisi dengan inti berperisa gula Melaka dan kelapa parut. Perisanya memang mengujakan!

Aiskrim King’s potong yang unik ini adalah aiskrim yang dibuat daripada kelapa dan pandan, dan diisi dengan inti berperisa gula melaka dan kelapa parut. Perisanya memang mengujakan!

King’s Potong Signature Onde-Onde boleh dibeli bermula April 2019 di pasaraya utama dan kedai- kedai serbaneka terpilih untuk RM2 sebatang (60ml) atau RM11 untuk sekotak (berisi 6 batang).


You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE