SEARCH

OPPO F11 Pro: Gadget Yang Melengkapi Trend Dan Seni

OPPO F11 Pro: Gadget Yang Melengkapi Trend Dan Seni

OPPO Malaysia melancarkan OPPO F11 Pro secara rasmi pada 19 Mac 2019. Kali ini OPPO memberi sedikit kejutan dengan membawa siri F ke tahap yang terbaru – dari Pakar Swafoto ke Potret Cemerlang. Ia memaparkan kamera belakang dengan sensor imej 48 megapiksel (MP), membekalkan pengguna pengalaman fotograpfi malam yang tidak pernah dirasai sebelum ini. Perisian dan perkakasan peranti juga dinaik taraf untuk meningkatkan jangka hayat bateri, prestasi permainan dan pengalaman pengguna. Di samping itu, OPPO F11 Pro tampil dengan paparan skrin penuh tanpa gangguan dimungkinkan oleh modul camera hadapan yang semakin meningkat.

Ketua Pegawai Eksekutif OPPO Malaysia berkata,

OPPO Siri F menjadi salah satu portfolio produk paling terkenal di Malaysia, dan kami berharap OPPO F11 Pro akan membawa warisan inovasinya ke masa akan datang dan terus menawarkan pengalaman luar biasa kepada pengguna. Siri F terkenal dengan inovasi dan keupayaan kameranya. OPPO F11 Pro membina legasi yang luar biasa dengan menampilkan reka bentuk terkini, pengalaman fotografi profesional dan inovasi prestasi memadukan teknologi terbaik seiringan dengan seni.”

Reka Bentuk Baru: Dari Trend ke Seni

OPPO juga mencapai kejayaan cemerlang dalam reka bentuk dengan menyatukan kecantikan semulajadi ke dalam OPPO F11 Pro dengan reka bentuk warna cerun.

OPPO mengetengahkan estetika “penciptaan semulajadi” dan menampilkan keindahan alam semula jadi pada OPPO F11 Pro menerusi kejayaan dalam penemuan kedua-dua bahan dan kemahiran. OPPO juga pengeluar telefon pintar pertama yang mencipta reka bentuk kecerunan tiga-warna, yang dikenali sebagai Thunder Black. Reka bentuk kecerunan unik ini menyatukan warna merah dan biru bersama dengan hitam klasik, umpama meteor yang melintasi langit malam. OPPO juga mencipta reka bentuk kecerunan dua-warna unik, iaitu Aurora Green, yang mendapat inspirasi dari lautan biru yang bertenaga sama melengkapi benua hijau yang subur.

Tambahan pula, OPPO F11 Pro dilengkapi dengan skrin panorama dan modul kamera depan yang tersembunyi untuk membebaskan ruang bagi paparan skrin penuhnya memastikan pengalaman pengguna yang positif.

Dari Pakar Swafoto ke Potret Cemerlang

OPPO terus berinovasi dalam bidang fotografi. OPPO mengambil langkah seterusnya dalam mendorong pengguna untuk menjadi mahir dalam meningkatkan fungsi kamera belakang. Sensor 48 MP memudahkan pengguna mengambil potret yang jelas dan luar biasa pada waktu malam. Apabila menangkap potret malam, teknologi Tetracell sedia ada akan menganalisis dan menggabungkan data empat piksel bersebelahan untuk mencapai piksel 1.6µm tunggal. Dengan dua kali bilangan piksel fotosensitif, ia meningkatkan sensitiviti cahawa dan membolehkan pengguna untuk merakam potret malam yang lebih jelas.

Harga bermula dari RM1299 untuk semua warna yang tertera.

OPPO F11 Pro

OPPO dilihat mengalu-alukan kehadiran duta mereka sebelum ini iaitu Fattah Amin sebagai duta OPPO F11 Pro (selepas kerjasama menerusi siri OPPO F5). Nampaknya, kerjasama OPPO dengan Fattah membawakan lebih keseronokan pada acara pelancaran peranti tersebut.

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE