SEARCH

Oppo F9 Jade Green Membawa Tuah & Kekayaan Kepada Pemiliknya

Oppo F9 Jade Green Membawa Tuah & Kekayaan Kepada Pemiliknya

Segelintir percaya, warna membawa tuah pada seseorang, warna juga menaikkan seri pada individu, warna jade pula membawakan ketersambungan merentasi dunia dengan telefon pintar Oppo F9 Jade Green.

Oppo F9 edisi Jade Green dibawakan penuh kemewahan dalam warna putih dengan hijau berkilau. Menambah lagi kegembiraan, edisi khas Oppo F9 ini juga dilengkapi dengan bingkai berwarna emas di sekitar kamera dwi-belakangnya.

Warna sensasi itu sendiri diilhamkan oleh warna jade mineral, yang digunakan secara meluas sebagai aksesori yang dipercayai memberikan nasib, kesihatan, kejayaan dan kemudaan bagi penggunanya di rantau Asia. Falsafah ini mengilhamkan Oppo untuk memperkenalkan OPPO F9 Jade Green Edition, memberikan pengguna harapan dan ‘berkat’ untuk memulakan tahun baharu yang makmur.

Oppo F9 digemari kerana dilengkapi dengan teknologi VOOC Flash Charge, siri F pertama yang dilengkapi dengan kamera belakang dual 16MP + 2MP ditambah reka bentuk skrin Waterdrop. Dipasangkan dengan skrin FHD + AMOLED 6.3-inci, F9 mempunyai nisbah skrin-ke-badan 90.8% dan disokong oleh pemproses Helio P60 yang dibuat oleh Mediatek. Pemproses OPPO F9 berkuasa pada RAM 6GB + 64GB ROM yang sepenuhnya menyokong sebarang memori kad SD yang ditambah sehingga 256GB.

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE