SEARCH

Inilah Masanya Kamu Terokai Eropah! Oreo Spiderman Beri Peluang Kamu Menang Lawatan Ke London

Inilah Masanya Kamu Terokai Eropah! Oreo Spiderman Beri Peluang Kamu Menang Lawatan Ke London

Lima puluh kanak-kanak dari Program CSR Joy Schools anjuran Mondelez diraikan di majlis tayangan perdana Spiderman Far From Home. Mereka turut disertai oleh 120 pekerja, 180 pengguna dan 90 pelanggan Mondelez International (Malaysia) yang dijemput untuk menonton filem ini. Terdapat beberapa aktiviti yang juga dianjurkan pada hari tersebut termasuklah bertemu dengan Spiderman dan permainan interaktif Spiderman dan Oreo Cookie.

Dalam Spider-Man TM: Far From Home, Tom Holland kembali sebagai Super Hero kejiranan setelah Avengers: Endgame, yang menghadapi peningkatan ancaman terbaru dalam dunia yang berbeza. Filem ini lebih memperluaskan perjalanan Spider-Man, bermula dari rumah Peter Parker di Queens, New York City, dan kemudiannya ke seluruh Eropah yang sepatutnya menjadi pengembaraan cuti sekolah – tetapi bertukar menjadi pengembaraan epik yang mencabar tapi menyeronokkan.

Ini peluang terbaik bagi Sony Pictures untuk bekerjasama dengan Mondelez dan membawa kedua- dua jenama ikonik & tercinta kami kepada pengguna Malaysia. Oreo adalah rakan kongsi yang sempurna untuk Peter Parker dalam pengembaraan pertamanya ke Eropah.” Simon Foo, Pengarah Urusan Sony Pictures Entertainment Malaysia.

Menangi Lawatan ke London dan Barangan Oreo Spiderman


Cara-caranya;

Oreo akan mengedarkan barangan Spiderman yang mengagumkan, dan peluang untuk kamu memenangi dua tiket ke London, England!
 Untuk menyertai peraduan, hanya perlu membeli pek edisi terhad Oreo Spiderman dan hantar gambar resit sebagai bukti pembelian kepada WhatsApp di nombor +012 574 0001 dengan nama penuh dan IC. Pemenang perlu menyimpan resit asal apabila menuntut hadiah mereka. Setiap resit dengan minimum pembelian sebanyak RM 5 ke atas adalah sama dengan satu entri, jadi lebih banyak pek yang anda beli, semakin banyak peluang untuk menang!


Hadiah Menarik Menanti Pemenang Bertuah
Beberapa barangan Spiderman yang luar biasa seperti hoodie, t-shirt, pembesar suara bluetooth Spiderman, Kamera Drone HD, cawan Spiderman 3D dan banyak lagi untuk dimenangi sebagai hadiah sekunder. Dua pemenang bertuah akan memenangi pakej lawatan selama seminggu untuk dua orang ke London, yang akan merangkumi lawatan di sekitar bandar, penginapan 4-hari 3-malam, pengangkutan darat di antara lapangan terbang dan hotel.

Pakej Oreo Spiderman edisi terhad akan berada mulai 1 Jun di pasaraya besar, pasar raya, kedai serbaneka di seluruh negara. Tempoh promo Oreo Spiderman adalah bermula dari 1 Jun hingga 31 Julai, 2019, dan semua penduduk di Malaysia layak menyertai promo tersebut. Pemenang akan diumumkan dalam masa sebulan selepas tempoh promo. Untuk butiran lanjut tentang promosi, lawati pautan ini atau log masuk ke facebook.com/OREO.

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE