SEARCH

Menu Osusume Istimewa Sempena Ulang Tahun Kelima Nobu Kuala Lumpur

Menu Osusume Istimewa Sempena Ulang Tahun Kelima Nobu Kuala Lumpur

Jika ditanya kepada saya, di manakah lokasi makanan Jepun premium terbaik di Lembah Klang? Tentu saja saya katakan Nobu Kuala Lumpur. Selain menghidangkan menu-menu hebat, ia juga turut menghidangkan menu istimewa mengikut musim. Kali ini resipi lebih hebat dibawakan ke Nobu Kuala Lumpur dengan menu Osusume, sempena ulang tahun kelima jenama ini di sini.

Sejak diperkenalkan di Kuala Lumpur pada September 2014, Nobu Kuala Lumpur berada di barisan hadapan senarai kulinari terbaik di Kuala Lumpur, memberikan tetamu peluang untuk mengalami perjalanan gastronomi tersendiri yang unik dilengkapi dengan pemandangan yang tidak tertandingi dari latar langit megah di bandar ini.

Dalam perayaan perjalanan Nobu Kuala Lumpur sepanjang tahun, restoran ini akan memperkenalkan menu Nobu KL September Osusume, yang membawa kembali menu kegemaran ramai daripada promosi terpilih.

Dengan pengaruh Peru dan rasa Jepun asli, tetamu akan mengalami perjalanan kuliner yang dikelolakan oleh Chef Eksekutif Philip Leong dan pasukan dapur terhebatnya di Nobu Kuala Lumpur.

Harga bermula antara RM28 ++ hingga RM295 ++, menu Nobu KL September Osusume akan mula disajikan mulai 1 September hingga 28 September dan menampilkan hidangan sejuk, panas serta pencuci mulut seperti berikut:

Wagyu dengan Nori Crema

 

Watercress Soup with Lobster

 

Steamed Chilean Sea Bass bersama Wasabi Yuzu Miso

 

Menu-manu lain yang boleh dicuba

Chu-toro Wasabi Salsa
Tai Sweet Shiso
Watermelon Kakigori
Mango Yuzu Pavlova
Goma Truffle

Untuk pertanyaan atau tempahan, sila hubungi 03 2164 5084 atau WhatsApp +6019 389 5085


You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE