SEARCH

Pameran Ketukangan Palace Museum Dan Cartier Kembalikan Keagungan Seni Dinasti Ming

Pameran Ketukangan Palace Museum Dan Cartier Kembalikan Keagungan Seni Dinasti Ming

Lebih daripada 800 barang yang berasal dari Dinasti Ming (1368-1644) hingga ke hari ini termasuk daripada koleksi Cartier, arkib Maison, koleksi Palace Museum dan institusi awam, dikumpulkan bersama menjadikannya salah satu pameran terbesar dalam sejarah Palace Museum.

Simbol kuasa, mempamerkan lebih daripada 30 tiara yang dibuat untuk royalti di England, Belgium, Rusia, dan India.

Acara kebudayaan ini meraikan ikatan persahabatan antara Cartier dan China, di mana pelawat dijemput untuk meluangkan masa dan ruang untuk menghargai kepentingan hubungan budaya antara khazanah Timur dan Barat. Pameran ini dibahagikan kepada tiga tema iaitu Inspirasi Cina, Simbol Kuasa, dan Kenangan Masa.

Boleh dilihat di bahagian Inspirasi Cina memaparkan karya-karya yang dibuat dengan bahan-bahan Cina (seperti karang dan jed) dan motif (seperti naga atau phoenix), serta menunjukkan bagaimana kepingan-kepingan tersebut mempengaruhi Cartier.



Di samping itu, Time Memories menyoroti kerjasama daripada tahun 2014 hingga 2017, kilang jam tangan Cartier di La Chaux de Fonds, Switzerland, memulihkan enam jam dari abad ke 18 dan abad ke 19 daripada koleksi Forbidden City.

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE