SEARCH

Samsung Memperkenalkan Papan Tanda Digital Berkualiti 8K

Samsung Memperkenalkan Papan Tanda Digital Berkualiti 8K

Revolusi baharu dalam dunia papan tanda digital hari ini adalah layar dengan resolusi 8K dan Samsung mencipta sejarah tersendiri apabila memperkenalkan QLED 8K. Samsung akan memperkenalkan 82 “QLED 8K Signage baharu, TV yang menggabungkan resolusi tertinggi pasaran dengan teknologi upscaling Artificial Intelligence (AI) – ia menghasilkan imej seperti hidup, membolehkan pengguna menikmati pengalaman menonton bagai nyata.

Papan Tanda Digital

Teknologi AI upscaling dalam pameran komersial akan menarik perhatian pelanggan yang melihat paparan iklan pada skrin ini. Dengan resolusi 7,680 x 4,320 piksel, piksel individu dalam imej menjadi tidak dapat dilihat oleh mata manusia.

Reka bentuk papan tanda baharu, kurang dari 40mm kedalaman, menyediakan pemasangan tanpa kerumitan dengan mengadopsi teknologi optik canggih Samsung dan menggabungkan ke dalam mana-mana persekitaran dalam mod potret atau landskap.

Papan Tanda Digital

Dengan memperkenalkan TV paparan 8K, perniaga boleh memberikan kualiti gambar yang sempurna kepada pelanggan atau penonton. QLED 8K Signage 82” hanyalah salah satu daripada pelbagai produk terkemuka yang kami teruja untuk pamerkan di ISE 2019. Kami berharap dapat memperkenalkan industri AV global kepada aplikasi komersil 8K.” Seog-gi Kim, Naib Presiden Eksekutif Perniagaan Paparan Visual di Samsung Electronics.

Papan Tanda Digital

Selain papan tanda bersaiz 82”, Samsung bakal melancarkan saiz 292” pada pasaran global suku tahun ini. Juga akan disesuaikan untuk kediaman mewah dan kegunaan bisnis pada saiz ratio bermula 73” hingga 292”.

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE