SEARCH

Seni Kanvas Mengejek Tempatan Pamer Mesej Lucu Menerusi ‘Parody Parlor’

Seni Kanvas Mengejek Tempatan Pamer Mesej Lucu Menerusi ‘Parody Parlor’

Siapa sangka gambar sebegini adalah hasil ciptaan anak tempatan yang berbakat? Keunikan seninya terletak pada nilai mesej hasil daripada gabungan watak ikonik dunia dengan situasi semasa ataupun lebih kepada mesej mimik dan mengajuk. Nampaknya, Parody Parlor seakan sebuah studio seni dengan cerita twist unik. Konsep Parody Parlor adalah untuk memeluk kreativiti dan keseronokan yang ingin disampaikan melalui seni!

Koleksi LYAO adalah yang pertama, bermaksud Laugh Your A** Off. Ia bertemakan dengan wira-wira kegemaran ramai yang menjadi sesuatu lain daripada yang lain. Ini bukan seni superhero yang biasa, malah mereka mencipta mesej yang comel dan lucu yang membuatkan peminat memikirkan tetang apa yang ingin disampaikan.

Di samping itu, kompeni ini juga melancarkan “Koleksi Just Kidding”. Mesejnya tentang mengubah persepsi ke atas selebriti terkenal dan juga lukisan klasik. Cuba lihat koleksi-koleksi yang telah mereka ciptakan, pasti ada satu yang menarik perhatian kamu. Tidak pun, ada watak ikonik kegemaran yang kamu ingin bawa pulang.

Jika kamu penggemar seni cetak kanvas bolehlah lihat dan membeli seni penuh warna-warna pop up ini di laman ini.

10 MESEJ LUCU Pilihan STAIL.MY MENERUSI PARODY PARLOR

 

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE