SEARCH

Pasangan Ini Sudah Berkahwin Selama 72 Tahun Dan Ini Nasihat Perhubungan Dari Mereka

Pasangan Ini Sudah Berkahwin Selama 72 Tahun Dan Ini Nasihat Perhubungan Dari Mereka
2016-02-23-1456240954-7526823-married72years
#LifeGoals 72 Years of Marriage!

Mr. & Mrs. Lombardi pasangan berusia 95 tahun ini berkongsi pengalaman mereka dalam perhubungan yang telah dijalin selama 72 tahun lamanya. Nasihat berguna mereka ini amat bermakna buat anda yang baru mendirikan rumah tangga juga yang sedang menjalani pelayaran penuh pancawarna dunia perkahwinan.

Pasangan ini kini tinggal di Florida. Enjoy walking and talking outside. Masa mereka dihabiskan bermain kad, menonton televisyen dan mendengar muzik. Setiap hari Mrs. Lombardi akan memasak menu Itali dan Mr. Lombardi ride his bike! Memiliki 2 anak, 5 cucu dan 8 cicit. A life that we all dream of. Ambil tip-tip ini sebagai panduan buat anda dan pasangan.

 

JUST LOVE EACH OTHER

Pilih untuk sentiasa belajar mengasihi dan mencintai. Jangan sesekali menyerah dengan cinta. Setiap kali anda rasa mahligai dibina mula meretak, tanya pada diri mengapa anda memulakan dan mengapa pula anda harus mengakhirinya?

SENTIASA MEMUJI

Harus sentiasa pandai mengambil hati pasangan. Kata yang baik-baik sahaja tentang apa saja, caranya bertutur, bersiap, memasak atau mengatur masa. Never said something bad in a bad way. Semuanya perlu cara dan adab yang betul.

GOOD SEX LIFE

Ya, biar pada usia 95 tahun harus sentiasa ada satu perhubungan intimasi yang boleh meneruskan chemistry anda berdua. Jangan pernah bosan dan jangan pernah fikir untuk bosan berhubungan dengan pasangan anda.

TINGGAL BERDEKATAN DENGAN KELUARGA

Pastikan ahli keluarga tidak terlalu jauh dengan anda, terutama yang sudah memiliki anak-anak yang menginjak dewasa. Perlu sentiasa berjumpa dan berbual. Jika bukan di depan mata setidaknya setiap hari berhubunglah dengan telefon. Cara itu sahaja yang akan mendekatkan hubungan kekeluargaan.

KURANG MAKAN DI LUAR, MASAK DI RUMAH

Masakan memang pengerat perhubungan dan itulah yang dipraktikkan pasangan ini. Mereka jarang makan di luar dan Mrs. Lombardi akan sentiasa pastikan dia memasak makanan yang sihat dengan jadual diet yang betul.

NEVER CHEAT!

Jangan sesekali menipu! Itu nasihat mereka. Sentiasa terbuka dengan kekurangan dan kesilapan. Berbohong hanya akan mengakibatkan gangguan emosi pasangan. Biar apa jua situasi sebolehnya berkata benar sekalipun ia realiti yang memeritkan. Kerana dengan cara ini sahaja anda boleh lihat sejauh mana cinta pasangan anda.

BE OK WITH ARGUING

Perbezaan pendapat itu lumrah kehidupan berpasangan. Namun jika kena dengan caranya, perbezaan pendapat ini mampu menjadi pengikat kasih. Anda tidak perlu selalunya setuju dengan pasangan tetapi anda perlu belajar untuk mendengar dan memahami pendapat pasangan anda.

HORMAT

Selain kasih sayang dan seks kunci pengikat kasih adalah dengan menghormati pasangan anda. Hormat masa mereka, pendapat, keinginan mahupun kekurangan mereka.

MEMILIKI RUMAH YANG SELESA

A house has to be a home! Sentiasa pastikan kediaman anda selesa untuk didiami kerana itulah kunci untuk pasangan suka duduk di rumah dan tidak mencari tempat lain bagi mereka berasa selesa. Ramai yang lupa dengan kepentingan ini dan apa kata kita mulakan hari ini juga.

KEPERCAYAAN SERUPA

Perkahwinan harus beriring keperluan rohani dan jasmani yang betul. Ilmu agama dan adat harus diterapkan dalam hubungan kekeluargaan serta harus diwariskan pada anak-anak serta keturunan. Bagi pasangan ini hal sebegini penting kerana kepercayaan itu ibarat satu tiang untuk mengukur kukuh atau tidak perhubungan yang dibina.

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE