SEARCH

5 Pembesar Suara Muatan Rak Buku Terbaik Untuk Hiburan Di Pangsapuri Kamu

5 Pembesar Suara Muatan Rak Buku Terbaik Untuk Hiburan Di Pangsapuri Kamu

Jika kamu seorang yang gemar mendengar muzik melalui pembesar suara tetapi tidak mempunyai banyak ruang di rumah, kamu beruntung! Kerana saya ada lima saranan pembesar suara muatan rak buku yang boleh menjadi penyelamat kepada masalah kamu itu. Daripada Sonos Move ke pembesar suara portabel daripada jenama yang boleh dipercayai Sony. Gajet yang membuatkan kamu dibuai sehingga ke setiap pelosok rumah pangsa kamu, bahkan bersantai di balkoni rumah.

Sony Portable Bluetooth Speaker

Sama hebatnya untuk pembesar suara mudah alih, gajet jenama Sony ini boleh diaktifkan Bluetooth, mempunyai bass tambahan untuk berpesta, dan mempunyai lampu yang mengikut bait muzik. Ia tidak mempunyai pembantu pintar yang dibina, tetapi ia menjadikannya pilihan yang lebih murah daripada yang lain.

Google Home Max

Ini adalah barisan pembesar suara Google yang paling premium a.k.a. banyak kuasa dan dentuman bass. Dan ia mempunyai versi bunyi adaptif yang dinamakan Smart Sound, yang menggunakan pembelajaran mesin untuk menyesuaikan diri dengan akustik di apa juga ruang. Kamu juga boleh mengorientasikannya secara menegak atau mendatar, dan saya sendiri suka penampilannya (terutamanya warna kapur). Tetapi gajet ini bukan wireless ya.

Bose Pertable Home Speaker

Kamu boleh mengawal pembesar suara ini dengan Wifi atau Bluetooth dan membawanya ke bilik (tambahan yang satu ini mempunyai pegangan yang menjadikannya lebih mudah dibawa). Ia mempunyai bunyi 360 darjah, dan kamu boleh membawanya keluar. Juga mempunyai Alexa dan Google Assistant yang dibina dan mempunyai sehingga 12 jam hayat bateri setiap caj (berbanding dengan 10 jam pada Sonos Move).

Echo Studio

Paling segar dalam kelompok ini ialah daripada Studio. Ia adalah pembesar suara pertama daripada Echo yang mempunyai audio 3D dan lima pembesar suara. Ia dapat disesuaikan akustiknya ke apa jua ruangan. Dan tentu saja, ia masih boleh berfungsi dengan semua kemahiran Amazon Alexa.

Sonos Move

Pembesar suara mudah alih pertama, Sonos Move dengan bunyi yang sangat baik, sama ada ia datang dari rak buku atau meja di belakang rumah kamu. Dan kamu tidak perlu memasangkan wayar untuk mengecasnya, kamu hanya perlu letakkan asas pengecasan di bawahnya. Pembesar suara ini mempunyai ciri-ciri baru yang dipanggil Trueplay, yang secara automatik menala bunyi untuk menampung persekitaran apabila diubah. Sonos Move juga mempunyai Google Assistant dan Amazon Alexa yang boleh disambungkan melalui sambungan WIFi atau Bluetooth.

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE