SEARCH

Menu Baru Nobu Kuala Lumpur Hasil Idea Jepun & Pengaruh Rasa Peru

Menu Baru Nobu Kuala Lumpur Hasil Idea Jepun & Pengaruh Rasa Peru

Nobu Kuala Lumpur terletak pada kedudukan tertinggi di Tingkat 56, Menara 3 Petronas, menjadikannya Restoran Nobu tertinggi di dunia. Menu Nobu Kuala Lumpur menampilkan hidangan lazat Jepun yang membawa pengaruh rasa Peru yang berbeza, dilengkapi dengan pemandangan berhampiran Menara Berkembar Petronas dan skyline bandar Kuala Lumpur yang megah.

pengaruh rasa peru

Restoran ini gabungan eksklusif reka bentuk dalaman yang indah oleh arkitek Severine Tatangelo dari Studio PCH yang juga pakar kulinari Nobu Matsuhisa yang dikenali.

“Team Rasa” STAIL.MY sempat ‘mendaki’ ke aras 56 Menara 3 Petronas untuk menikmati menu Jepun + Peru baru daripada Restoran Nobu Kuala Lumpur. Semestinya berbeza daripada menu Makan Soon sebelum ini. Kali ini lebih raw dan rasa keasliannya, saya yakin peminat makanan Jepun pasti sukakannya.

pengaruh rasa peru

Sebenarnya bukanlah pelik mana pun, ia hanya ditambah pengaruh rasa Peru dan dihidang dalam set pilihan pengunjung. Saya mulakan dengan minuman buah-buahan campuran segar yang saya sendiri order sebanyak empat kali iaitu Jus Buah Naga, Elderflower & lemon yang seakan membasuh tekak dengan kenyamanannya.

Makanan pula dimulakan dengan Edamame kemudian Crispy Rice Tuna yang dihidang sama dengan mentega kacang. Kemudian hidangan pemula dihidangkan. Saya senaraikan mengikut course:

pengaruh rasa peru

Prix-Fixe Lunch:- Appetizer

Salmon New Style Sashimi
Butter Lettuce and raw papaya dry miso salad
Miso Soup

Hidangan Utama:-

Shrimp with spicy garlic
Angus beef tenderloin with wasabi pepper sauce
Steamed rice

Pemanis Mulut:-

Green tea Fiji Shaved Ice
Harumaki (Banana Spring roll)

pengaruh rasa peru

Matsuhisa Bento Box:-

Tuna Sashimi Salad with (Matushisa Dressing) Soy onion dressing
Assorted Sushi and Rolls
Baby tiger shrimp tempura with Butter Ponzu sauce
Black cod with Miso
Vegetables donburi with spicy garlic sauce

Chocolate Sphere 


Nobu Kuala Lumpur dibuka pada waktu makan tengah hari dari Isnin hingga Jumaat (12 tengah hari hingga 2 petang), Sabtu dan Ahad untuk High Tea (1petang hingga 4 petang) dan makan makan Isnin hingga Ahad (6petang hingga 10:30malam). Untuk tempahan sila telefon di nombor ini 03 2164 5084.

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE