SEARCH

Keghairahan Natal Bersama Koleksi Swatch Penutup Tahun Ini

Keghairahan Natal Bersama Koleksi Swatch Penutup Tahun Ini

Kita suka Hari Natal kerana perkongsian kasih sayang daripada keluarga dan teman-teman. Untuk itu, koleksi Merry daripada Swatch yang penuh keghairahan natal menghamparkan berbagai pilihan jam tangan mengikut karakter insan yang kamu sayangi.

penuh keghairahan natal

Bagai butiran salju yang punya banyak segi menarik. Isidor koleksi istimewa tahun ini yang ‘mengubah’ sebarang persekitaran menjadi keajaiban musim sejuk. Hadir dalam edisi terhad untuk 8,888 utas. Ia didatangkan bersama bungkusan menarik jika kamu membelinya.

Jika kamu mencari jam tangan edisi terhad, Santajocks model unik yang hanya boleh didapati dalam talian. Buat pertama kali dalam sejarah Swatch, pengguna diberi peluang untuk mereka bentuk jam tangan.

Berdasarkan undian di pautan, pengguna mempunyai masa lebih dua minggu untuk memilih Santa kegemaran mereka. Bermula dari 30 November 2017 dan terhad kepada 1,500 utas. Segera undi dan lihat rekan pilihan kamu nanti.

penuh keghairahan natal

Membawa rekaan jam ke peringkat lebih tinggi, Swatch X You membolehkan pengguna memilih rekaan jam tangan dalam hanya lima langkah mudah. Set Percutian ini hadir sama kotak hadiah berkilat, boleh terus dijadikan hadiah di bawah pokok Krismas tanpa membalut kertas.

penuh keghairahan natal

penuh keghairahan natal

Manakala Koleksi Gala Night benar-benar mengikut musim perayaan dan tahun baru kerana ia penuh hiasan berkilau, glamor serta bersinar. Melengkapkan gaya berkelas tinggi dengan reka bentuk emas dan perak yang pastinya akan membuatkan kehadiran kamu ditunggu-tunggu.

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE