SEARCH

10 Destinasi Percutian Mesra Muslim Harus Dilawati 2018

10 Destinasi Percutian Mesra Muslim Harus Dilawati 2018

Banyak perkara harus dinilai jika mahu melabel satu-satu destinasi sebagai mesra Muslim. Antaranya, kemudahan mendapat makanan halal, akses tempat tinggal dan sebagainya. Kini terdapat banyak pilihan negara dan bandar yang telah melebarkan pelancongan halalnya. Mari siap sedia – pack your luggage dan terbang melhat dunia!

1. Kazan, Russia

percutian mesra muslim

Bandar Moscow dan St. Petersburg sudah terlalu lame untuk dikunjungi. Mungkin Bandar Kazan, di ibu kota Tatarstan memberikan mood baru kepada pelancong yang inginkan suasana berbeza di Russia. Walaupun kepercayaan utama kota ini adalah Kristian Sunni dan Kristian Ortodoks, namun seni bina Islam pada masjid yang terdapat di Kazan harus kamu hayati dan fahami sejarahnya. Masjid Qolsharif adalah yang terbesar di Eropah (selain Istanbul). Ia dibina semula pada 1996 selepas Ivan The Terrible memusnahkannya pada 1556.

2. Cape Town, Afrika Selatan

percutian mesra muslim

Bandar ini dikategorikan sebagai ‘mesra Muslim’. Melalui pengalaman rakan, saya dapat gambarkan betapa indah dan menariknya pemandangan alam semula jadi serta suhu di sini. Pantai-pantai terkenal seperti Pantai Boulder, Camps Bay dan Pantai Muizenberg. Tarikan pelancong terkenal di sini adalah Table Mountain yang terletak di dalam Taman Negara Table Mountain. Kawasan Bo Kaap kebanyakannya didiami oleh Muslim dan terdapat sembilan masjid di sini.

3. Kazakhstan

percutian mesra muslim

Jarang kita dengar pilihan percutian orang tempatan ke negara ini. Kazakhstan mempunyai majoriti penduduk Islam, jadi kamu pasti bebas mencari makanan halal dan ruang solat. Lokasi menarik untuk dilawati adalah Bukit Kok-Tobe untuk pemandangan Kota Almaty (ibu kota Kazakhstan), Medeu untuk keseronokan skating / ski, dan Tasik Almaty yang luas untuk pemandangan indah yang paling luar biasa. Tarikan gunung yang dramatik, lanskap dan padang pasir antara sebab pelancong berkunjung ke sini.

4. Hong Kong

percutian mesra muslim

Masjid & Pusat Islam Kowloon kawasan tumpuan Muslimin & Muslimat jika berkunjung di Hong Kong. Menarik lagi, bukan sekadar pusat beribadat dan berkumpul untuk Muslim, malah kantin di Pusat Islam ini juga terkenal dengan menu Dim Sum halal. Di kawasan Wan Chai juga terdapat banyak pilihan makanan halal yang disarankan kamu tinggal di sana jika berkunjung di Hong Kong.

5. Maghribi

percutian mesra muslim

Keindahan seni bina, awan larat dan budaya yang terdapat di kota ini tidak disangkal lagi. Maghribi mempunyai suhu empat musim dan sungguh indah di kala cahaya lantera menghiasi jalanan di waktu malam. Kamu akan rasakan pengaruh Eropah di sini kerana kedudukan dan sejarah lampau. Sempat saya semak harga Airbnb di sini semurah RM100/ RM178 semalam walau tinggal di kawasan tumpuan dan bandar. Tempat harus kamu lawati ialah Saadian Tombs, Jardin Majorelle, Masjid dan Minaret (Menara) Koutoubia, Ben Youssef Madrasa, Istana El Badi, Jemaa El-Fnaa Square, Belly Dancing Dinner, menunggang unta, Hammam dan banyak lagi.

6. London

percutian mesra muslim

Usah disangkal lagi dengan keramahan dan dan keterbukaan penduduk tempatan terhadap penduduk dan pelancong Muslim. Lebih tiga juta populasi umat Islam di London maka tiada masalah jika kita mahu bercuti di sana. Selain melawat London kamu boleh lencongkan perjalanan ke Istana Windsor atau ke Istana Buckingham untuk melawat dan mendalami sejarah susur galur diraja antara yang tertua di dunia.

7. Pulau Maldives

percutian mesra muslim

Mungkin ramai tidak mengetahui, Pulau Maldives sebuah negara Islam yang dihuni 100 peratus populasi Islam yang terletak di Lautan Hindi. Pulau yang terkenal untuk dijadikan destinasi berbulan madu ini terletak di bawah negara India dan Sri Lanka. Terdapat hampir 2,000 pulau di sekelilingnya dan tidak semua boleh didiami. Pusat Islam Male antara yang terkenal di pulau ini. Kamu boleh menikmati keanehan pantai glow-in-the-dark, skuba dan resort bajet hingga mewah. Menarik lagi, di pulau ini ditegarkan memakai bikini, minuman alkohol, bercumbuan dan memancing demi menjaga ekosistem.

8. Uzbekistan

percutian mesra muslim

Uzbekistan adalah tempat untuk dikunjungi jika kamu berminat untuk meneroka Sufisme, yang mana puak Islam memberi tumpuan kepada pemurnian diri dan batin. Uzbekistan penuh dengan tempat bersejarah bagi pengikut Sufi, seperti Sheihantaur dan makam Zangiata di Tashkent. Secara keseluruhannya, terdapat lebih daripada 160 peninggalan Muslim di seluruh Uzbekistan, bermaksud bahawa perjalanan kamu di sini diselangi untuk mendalami ilmu dan sejarah. Namun, bagi rakyat Malaysia perlu memohon visa jika mahu ke negara ini.

9. Sepanyol

percutian mesra muslim

Pernah ditakluki Islam satu ketika dahulu, sehingga kini Sepanyol kekal sebagai negara yang ramah Muslim di Eropah. Negara ini memilih untuk mengekalkan banyak elemen Islam dalam seni dan kebudayaannya, tertanam dalam tradisi Sepanyol kontemporari. Kerajaan Sepanyol menyedari kepentinan pelancong Muslim boleh memiliki rumah kedua di Eropah, sehingga mereka mula mengembangkan sektor pelancongan halal di sana.

10. Australia

percutian mesra muslim

Ada hampir 1 juta populasi penduduk Islam di sana. Kebebasan beragama dan kemudahan awam cukup sempurna bagi penganut Islam di sana. Pengaruh Islam hadir daripada pendatang asing dan yang lama menetap dan berkahwin. Kini kebanyakan orang Arab tempatan memiliki tanah untuk perusahaan buah-buahan dan makanan. Kamu pergi saja Kota Melbourne yang penuh sejarah kolonial Victoria dan kemajuan bandar hijaunya. Atau jika mahukan kota yang tenang, pergi saja ke Perth. Mungkin tidak boleh tinggal di luar bandar, nikmati neon malam ni Kota Sydney dan Brisbane.

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE