SEARCH

Mangga, Kiwi & Strawberi Perisa Baharu Ais Krim Häagen-Dazs

Mangga, Kiwi & Strawberi Perisa Baharu Ais Krim Häagen-Dazs

Di kala cuaca panas yang tiada penghujungnya di Malaysia, nikmati dua perisa menyegarkan daripada Häagen-Dazs, kerana tiada yang lebih menyamankan daripada menikmati skup ais krim yang lazat! Häagen-Dazs memperkenalkan dua perisa baharu, iaitu Kiwi & Mango Frozen YogurtIce Cream dan Strawberry Frozen Yogurt Ice Cream.

Pencinta yogurt pasti menggemari ais krim yogurt yang lazat serta daripada 100 peratus krim dan susu sebenar yang menghasilkan kontras yang menyegarkan. Diadun dengan buah-buahan segar, ia pasti akan membangkitkan deria rasa kamu.

Kiwi & Mango Frozen Yogurt Ice Cream
Rasa masam buah Kiwi Hayward dipadankan dengan kemanisan buah mangga Totapuri dengan yogurt beku yang sangat menyegarkan untuk mengejutkan deria kamu pada musim panas. Buah-buahan sebenar dipotong kiub membuatkan saya sendiri menikmati rasa buah asli.

Strawberry Frozen Yogurt Ice Cream
Rasa adunan yohurt masam yang menyegarkan dengan buah strawberi yang dipetik segar, berbeza dengan yogurt strawberi. Ais krim ini memberi rasa sedikit lemak dan enak.

Untuk maklumat lanjut, berhubunglah dengan Häagen-Dazs melalui laman Facebook  atau Instagram @haagendazsmy. Jangan lupa untuk kongsikan bersama pengikut media sosial kamu dengan gambar dan sertakan sekali tanda pagar #NothingCanBeCooler #HaagenDazsMY #HDandMe

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE