SEARCH

Perjumpaan Rolls-Royce Terbesar di Dunia Terjemahan Sinis “You Can’t Sit With Us”

Perjumpaan Rolls-Royce Terbesar di Dunia Terjemahan Sinis “You Can’t Sit With Us”

Rolls-Royce Motor Cars meraikan perjumpaan terbesar jenama ini di Rolls-Royce Enthusiasts Club Annual Rally dan Concours d’Elegance. Set yang menggagumkan daripada latar Burghley House, salah satu daripada Rumah Agam Elizabethan di Stamford, Lincolnshire menjadi ikon sempurna buat acara bersejarah perjumpaan Rolls-Royce terbesar bagi kereta mewah ini.

Sebagai highlight penting Rolls-Royce Motor Cars model Phantom, Ghost, Wraith dan Dawn dipamerkan. Selain itu, koleksi Wraith Black Badge dan beberapa model Bespoke tutut diketengahkan. Acara juga dihoskan oleh pasukan dari Home of Rolls-Royce di Goodwood, termasuk pereka, graduan dan perantis.

Seperti tahun-tahun sebelumnya, pameran ini menarik orang ramai sepanjang tiga hari berlangsung terutama bagi peminat jenama, model terkini dan pemilik.

perjumpaan Rolls-Royce terbesar

Acara tahun ini juga memberi penghormatan kepada Earl’s Court Motor Show 1948, yang meraikan kembali negara itu ke pembuatan kenderaan selepas Perang Dunia II. Rolls-Royce Wraith yang kontemporari dipertontonkan dalam pameran itu, sebagai ‘kereta masa depan’, bersama dengan Rolls-Royce Silver Wraith.

Kami gembira dapat sokongan rakan-rakan kami di Kelab Peminat Rolls-Royce dan dapat mempersembahkan kereta motor Rolls-Royce kontemporari pada acara yang menakjubkan ini . Kelab ini ‘penjaga’ penting dalam sejarah luar kami, Rally Tahunan dan Concours d’Elegance menyediakan akses unik kepada beberapa kereta motor paling rare dan unik dalam sejarah automotif.” Andrew Ball, Ketua Perhubungan Korporat, Warisan dan Filantropi, Rolls-Royce Motor Cars.

perjumpaan Rolls-Royce terbesarDi samping itu, Rolls-Royce Motor Cars turut mengumumkan kekukuhan pelaburannya setakat setengah tahun dalam kalendar jualan syarikat. Sebanyak 13 peratus jualan global meningkat. Permintaan model Rolls-Royce kekal kukuh di semua rantau, lebih 50 pekerjaan dalam bidang penghasilan dicipta serta banyak lagi peningkatan yang telah dicapai jenama setakat ini.

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE